Pages

Jumaat, 23 April 2021

Perkedel Jagung Resipi Birasku

Perkedel jagung memang sedap! Selalu jumpa dalam hidangan ketika menghadiri majlis kahwin, atau kenduri-kendara terutamanya dalam masyarakat Bugis. Kalau rasa tak malu, memang nak ambil sepinggan ratah begitu saja... ahaks! 

Kalau kami ke kampung, biasanya biras Amie akan goreng perkedel sebagai salah satu di antara lauk-pauk yang dihidangkan. Sebelum bulan puasa, Amie sempat rewang di rumah adik ipar yang beristerikan orang Bugis, dan Amie ditugaskan menggoreng sebesen perkedel!

Sewaktu menggoreng, ada pula tukang kacau! Dibawanya pinggan, dihulurkan supaya kita masukkan beberapa ketul perkedel jagung! Bukan anak buah sahaja yang hulur pinggan, anak-anak kita pun sama!

Biarlah Firdaus makan kak. Saya buat banyak adunan perkedel tu, kata biras apabila Amie tegur Firdaus dan Fairuz yang hulur pinggan kosong dua tiga kali!

Bagus tu kalau Frdaus suka makan. Banyak sayur dalam perkedel tu, sambung biras kita lagi.

Selepas itu, Amie pun bertanya apa bahan yang biras masukkan dalam adunan perkedel. Sudah bertahun-tahun telan perkedel, baru nak tanya resipinya? Teruk betul Amie ini.... ahaks!

Perkedel Jagung

Menurut biras Amie, ikut sukalah nak masukkan apa dalam adunan perkedel. Tapi Amie ingin penjelasan lanjut tentang 'masukkan apa' itu. Ini disebabkan kadang-kadang sewaktu Amie makan pekedel di tempat yang berbeza, bahannya pun adakalanya berbeza juga. Ada yang tambahkan isi udang. Ada yang tambahkan sayur kacang panjang, daun sup dan sebagainya. petang tadi Amie buat adunan perkedel seperti yang dikongsikan biras Amie.


Bahan-bahan:
  • 2 batang jagung manis - hiris tipis dari batangnya
  • 1 cawan hirisan kubis
  • 1 cawan hirisan kacang panjang
  • 1/2 cawan hirisan lobak merah
  • 1/2 cawan hirisan daun bawang dan daun sup
  • 1 biji cili merah - belah dua - buang biji - hiris 
  • 1 labu bawang besar - cincang
  • 3 ulas bawang putih - cincang
  • 1/2 sudu kecil lada putih - tumbuk
  • 2 biji telur ayam
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan air
  • garam / perasa pilihan secukupnya
  • minyak
Cara:
  1. Sediakan sebuah mangkuk. Masukkan kesemua bahan kecuali telur, tepung gandum, air dan garam / perasa pilihan.
  2. Pecahkan telur dan gaul bersama bahan dalam mangkuk.
  3. Seterusnya masukkan tepung gandum, dan tuangkan air sedikit demi sedikit. Adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
  4. Tambahkan garam / perasa pilihan.  Gaul sebati.
  5. Panaskan minyak dan goreng menggunakan api sederhana.
  6. Setelah perkedel jagung berwarna kuning keemasan, angkat dan toskan.

Firdaus sudah berpesan berkali-kali supaya Amie gorengkan hashbrown untuknya. Apabila Firdaus ke dapur sewaktu Amie goreng perkedel, Firdaus kata dia tak mahu makan hashbrown. Firdaus nak makan perkedel jagung saja.
Waktu berbuka puasa, memang 2/3 daripada gorengan perkedel jagung masuk ke dalam perut Firdaus! Tak sabar nak kongsi rasa gembira dengan Encik Suami sebab Firdaus makan perkedel yang bukan saja dari adunan jagung, tetapi ada kubis, kacang panjang dan lobak merah serta bawang besar!


18 ulasan:

  1. Wah, nanti kita cuba resepi Amie ni la, kalau Firdaus sanggup beralih arab tu, pasti sedap benar.

    Kita pulak masak bubur jagung tadi

    BalasPadam
  2. sedaphya pekedel jagung maxm2 sayur ada berkhasiat n mengenyangkan

    BalasPadam
  3. Wow .... Coba saya ada dekat Amie. Pasti ikut hulur pinggan juga. He he tengkiyu Amie.

    BalasPadam
  4. Bakwan jagung & cucur jgung antara kesukaan isi rumah saya.Tapi nampak pekedil jagung bugis ni pun sedap ni banyak sayur.Dapat makan panas2 rangup lagi sedap ni..

    BalasPadam
  5. Nampak sedap. Jagung memang favourite saya, tapi sayur lain tak berapa. Hehe. Tapi kalau kak Amie gorengkan pekedel ni confirm saya jadi cam Firdaus jugak

    BalasPadam
  6. Nampak sedap sekali pandang mcm cucur jagung pulak

    BalasPadam
  7. First time dengar perkedel, first impression nampak sedapppp! :D

    BalasPadam
  8. Sedapnya.. anak-anak di rumah pun suka dengan perkedel jagung, kak Amie..

    BalasPadam
  9. rasanya macam MIL naniey pernah buat mcm ni. Campur sayur2.. Memang sedap..

    BalasPadam
  10. Lebih kurang macam cucur sayur, ye, Amie. Saya tengok pun nampak menyelerakan. :)

    BalasPadam
  11. Banyak rencahnya tu. Patutlah sedap! Saya pun masak cekodok masuk apa yang ada stok je lah :)

    BalasPadam
  12. banyak betul bahannya. kalau sy mkn x kenyang tak tahu laa hehehe

    BalasPadam
  13. mcm sedap jer, thanks share resepi, bole buat nanti

    BalasPadam
  14. adaka dia sebenarnya macam cekodok jagong ??

    BalasPadam