Pages

Ahad, 14 Februari 2021

Pengirim Hadiah Yang Menjadi Tanda Tanya Rupanya Si Manis Syazni Rahim!

Petang Jumaat lepas, Amie terima hadiah daripada pengirim misteri di sini : Kiriman Misteri dari Seremban, Negeri Sembilan! Alhamdulillah, setelah Amie jadikan entri, blogger AZHAFIZAH SIHATI MERAHJAMBU'S DIARIES bantu selesaikan misteri ini. Rupanya, Fiza pun dapat hadiah dari orang yang sama iaitu SYAZNI RAHIM sebagai TOP COMENTETOR BLOG SYAZNI RAHIM JANUARI 2021.

Amie pula berada di tempat ke-10 sebagai cyber  penjejak terulung, kiranya nombor corotlah di antara kesemua comentator yang tersenarai. Syazni gunakan Random Name Picker untuk memilih penerima hadiah bertuah, dan Amie dapat tempat yang pertama. Wah! Apa tak seronoknya dari bawah tangga terus mencicit naik menjulang ke atas... olalalalalaaaa! Siapa sangka kan? Jadi hanya ucapan berbanyak-banyak terima kasih sahajalah yang mampu Kak Amie ucapkan buat Syazni dan RNP.

Untuk entri kali kedua hadiah ceramic bowl ala-ala le crueset kiriman Syazni, Amie gunakannya untuk ambil gambar dengan Chili Cheese Balls KFC.

Chili Cheese Balls KFC

Ceramic Bowl


Walaupun belum begitu lama berkenalan di alam maya, Amie dapati Syazni seorang yang 'superwoman'. Biarpun sibuk dengan tugas hakiki, namun si manis ini bijak membahagi masa antara minat dan kerjaya. Sebagai seorang isteri, dan juga ibu Syazni masih sempat menulis dan menerbitkan novel! Menulis karya seberat novel bukanlah sesuatu yang mudah, dan bukan calang-calang orang untuk menghasilkannya. Tabik spring buat blogger Syazni! Selagi ada minat, dan selagi ada upaya teruskanlah menulis. Bakat perlu diasah, dan bukan tinggal terpendam di bawah lumpur. Mudah-mudahan Allah sentiasa kurniakan kesihatan, kelapangan dan dipermudahkan segala urusan  Syazni yang sedang menjadi banyak orang dalam dirinya seorang. In shaa Allah Syazni akan sentiasa berjaya dalam menggalas pelbagai tugas;
  • ibu
  • isteri
  • kerja hakiki
  • penulis
  • blogger
Jemput minum  sambil makan kudap-kudapan petang, Chili Cheese Balls KFC. Lepas ini jangan lupa ramai-ramai singgah rumah Syazni Rahim di sini: SYAZNI RAHIM BLOG. Kita meriah-meriahkan blognya pula!

16 ulasan:

  1. Allahuakbar, terharu saya dengan entry ni. Sesungguhnya rasa tak layak dipuji sedemikian 🙈

    Semoga murah rezki kak amie, terima kasih selalu ke blog saya 😉

    BalasPadam
  2. @Syaz Eym Pujian ini satu doa dik. Mudah-mudahan Dia mendengarnya. Aamiin.

    BalasPadam
  3. Aha untuk dipilih sebagai pemenang secara cabutan. Ya pujian satu doa kan.

    BalasPadam
  4. Comelnya ceramic bowl tu Kak Amie. Tahniah ye dapat hadiah

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah..cantik hadiahnya..

    BalasPadam
  6. Misteri nusantara sudah terungkai.. Hihihi

    BalasPadam
  7. ALHAMDULILLAH REZEKI TAHNIAH AMIE N SYAZ

    BalasPadam
  8. wah..comei sgt tu...alhamdulillah & congrats!

    BalasPadam
  9. Alhamdulilah atas rezeki yang dikurniakan :)

    BalasPadam
  10. alhamdulillah.. teka teki terjawab.. tahniah akak.

    BalasPadam
  11. Akhirnya misteri terjawab. lama juga saya peram nak buat entry sbb tak tahu siapa pengirimnya. Dah tahu rasa lega. Wahh cantik kak amie gambarkan mangkuk tu. Buat outdoor photoshoot cantik gambarnya :)

    BalasPadam