Pages

Isnin, 8 Februari 2021

Shepherds Pie Kegemaran Anak-Anak

Dulu Amie selalu tonton rancangan masakan barat di televisyen. Pelbagai cara dan olahan yang dipaparkan. Setiap chef sudah pastiya mempunyai cara yang sedikit berbeza dalam penyampaian masakan mereka walaupun hasil resipi yang dikongsikan sama sahaja. Kadang-kadang geli hati melihat cara mereka masak, main campak-campak dan kemudian puji keenakan masakan yang dihasilkan. Sedap atau sebaliknya memang subjektif sifatnya. Yang penting kita belajar dan berkreativiti, sebab memasak itu ada seninya yang tersendiri.

Amie suka melihat gaya Jamie Oliver menghasilkan shepherds pie di dapurnya, tetapi apabila masuk ke dapur Alton Brown di Food Network memang rasa akan pecah perut menahan tawa! Apa tidaknya, melihat gaya Alton Brown campakkan saja kentang lenyek atas bekas berisi inti dan kemudian terus masukkan dalam oven, nampak sangat betapa 'jujur' cara Alton Brown masak di dapur!

Oleh kerana Abang Farid beberapa kali tanya: Bila Mommy nak buat shepherds pie, jadi Amie pun buatkan jugalah. Sebenarnya shepherds pie ini dibuat pada hujung tahun lepas. Disebabkan jatuh sakit ketika itu, banyaklah deretan hasil masakan yang masih tersimpan dalam folder dan belum dijadikan entri.

Amie pesan pada anak-anak: Kalau suka satu-satu makanan tu, eloklah belajar masak. Sambil belajar sambil kenali bahan yang digunakan. Cerita tentang bahan masakan, ada jew kisah yang mencuit hati:

  • Suruh Abang Farid ambil daun pandan di belakang rumah, diambilkannya daun pisang!
  • Suruh Fairuz ambilkan serai di kebun Bonda untuk buat rendang sewaktu di kampung (Malaya), diambilkannya daun pucuk ubi!
Rupa-rupanya memang anak-anak tak tahu banyak nama bahan masakan. Itu belum lagi beza antara halia dengan kunyit dan lengkuas. Beza ikan kembung dengan ikan selayang. Beza sawi dengan bayam! Apabila diceritakan semula kisah itu, berdekah-dekah anak-anak ketawa!

Mari, anak-anak Mommy masuk dapur. Kita gotong-royong siapkan bahan inti dan kentang lenyek untuk dijadikan sheperds pie. Kemudian belajar bakar dalam oven pula. Cantik atau sebaliknya, hasilnya kamu juga yang makan.

Untuk tutorial lengkap, dan gambar step by step membuat Shepherds Pie boleh klik entri Amie yang lalu di sini: 
Shepherds Pie


Inti shepherds pie dalam bekas kecil.

Inti shepherds pie dalam bekas besar.



Bahan-bahan inti pie:

600 gram daging kisar
3 ulas bawang putig cincang
1 labu bawang besar cincang
1 cawan cendawan shiitake segar- hiris nipis
1 tin jagung
1 cawan lobak merah cincang
1 cawan puree tomato
50 gram keju parmesan
150 gram cream cheese
1 sudu makan serbuk oregano
1 sudu makan lada hitam - tumbuk
1/2 cawan minyak zaiton
2 ketul stok / kiub daging

P/S : Boleh tambah kacang peas jika suka. Anak-anak suka jagung, jadi Amie lebihkan sukatan jagung.

Cara:
1. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih serta bawang besar hingga layu.
2. Masukkan daging kisar dan masak sehingga daging berubah warna.
3. Tambahkan lobak merah, jagung dan cendawan shiitake. Gaul sebati.
4. Seterusnya masukkan puree tomato, cream cheese dan keju parmesan.
5. Untuk melengkap rasa masukkan serbuk oregano, lada hitam serta kiub daging.


Kemudian tutup inti tadi dengan kentang lenyek @ mashed potato.


Bahan mashed potato:
1 kg kentang Holland - buang kulit dan potong - potong
2 batang leek - hiris nipis
80 gram mentega
200 ml susu segar - dipanaskan seketika
satu sudu teh lada hitam tumbuk
1 kiub daging

Cara:
1. Rebus kentang hingga hampir empuk. Masukkan hirisan leek dan masak lagi hingga kentang empuk. Toskan airnya.
2. Tambahkan mentega dan susu segar, kiub daging & lada hitam ke dalam kentang.
3. Lenyek kentang hingga hingga hancur.

4. Sekarang sedia untuk dibakar dalam oven. Pesan kat anak-anak, bakar selama 35-40 minit pada suhu 250' C. 


Inilah hasil kejadiannya.
Memang tak sabar nak makan!

Kena ucapkan penghargaan untuk anak-anak atas hasil usaha gotong-royong mereka.
Tak semestinya hasilnya terus menjadi, kita perlu try & error.

Tunggu dulu anak-anak! Biarlah sejuk sedikit, dalam 10 minit.
Jangan terus makan, baru keluar dari oven ni. Panas! Nanti melecur mulut.
Seperti biasa, tidak pernah ada baki shepherds pie dalam bekas!

Shepherds Pie memang sedap, tapi proses menyiapkan semua bahan sebelum masuk oven itu yang memaksa kita berfikir 33 kali sebelum membuatnya! Kalau anak-anak Mommy rajin bantu, tak perlu fikir 2 kali untuk buat Shepherds Pie!


8 ulasan:

  1. aduhhh bila tengok ni terus teringin nak buat lah kak... last buat masa bulan puasa tahun lepas... cumanya kene buat sikit, Edy dengan Aiyan bukan layan sangat... kalau pasta laku lah juga hehehe

    BalasPadam
  2. Suka pai. Nanti boleh belajar buat.

    BalasPadam
  3. Hehe.. kelakor baca salah amik daun pisang. Cantik kejadian shepherd's pie Amie dan anak-anak buat ni. Yummy!

    BalasPadam
  4. sedap untuk seisi keluarga tp kalau tak ada yg menolong letih juga nk membuat pie ni.

    BalasPadam
  5. Uish.. Datang sini semua makanan sedap-sedap. Kadang jumpa makanan yang belum pernah dengar nama. Seronok dapat ilmu baru. Sheperds pei pastilah sedapnyaaaa. Kalau daging kambing lagi harum berlemak ni.

    BalasPadam
  6. Suka Sherperd Pai..tapi nak buat dia tu macam susah kan...kena focus bbetul2 resepi ni Kak Amie

    BalasPadam
  7. Bagus belajar masakan yang kita suka. Hihi..eloklah suruh anak anak ke anak buah ambilkan. Kalau tak, sampai bila bila tak tahu apa benda bahan dan rencah masakan. Tak pernah lagi rasanya makan Shepherds Pie. Menarik untuk dicuba. Mungkin boleh cuba resepi kak amie nanti. Tq share kak amie :)

    BalasPadam