Petang yang berkabus di Kundasang, namun ada hati juga untuk berjalan. Hujan tetap turun, renyai-renyai, sekejap ada sekejap tiada. Kami menuju arah Mesilou. Beberapa tempat yang dituju dibatalkan kerana kabus sangat tebal, menghalang pandangan mata ketika memandu selain jalan yang licin! Akhirnya kami putuskan untuk turun dan membelok ke Mesilou Highland Starwberry Farm.
Sayangnya ketika sampai di pintu masuk, pengawal di situ memberitahu kami hanya tinggal 10 minit sahaja lagi, dan kami tidak dibenarkan masuk. Waktu operasi sehingga pukul 5 petang. Kami merayu, dan akhirnya diberi keizinan dan hanya sebentar sahaja berada di situ. Setelah membeli tiket, kami meluru masuk untuk mengejar masa.
Sempat ambil beberapa keping gambar buat kenang-kenangan.
|
Encik Suami, Fairuz dan anak-anak buah (sepupu Fairuz). |
|
Bersama anak-anak buah, kakak ipar dan menantu kakak ipar.
|
Walaupun cafe sudah ditutup, tetapi dibuka semula apabila kami sampai. Sempatlah anak-anak merasa makanan di situ seperti ais krim dan jus strawberry.
Agaknya kalau cuaca tidak terlalu sejuk seperti sekarang, memang sedap menikmati pelbagai smoothie dan dessert di sini.
Perut Firdaus pun dah naik buncit! Atau bajunya yang sempit?
Anak-anak suka betul makan corn dog cheese!
Muka pun dah layu! Letih menempuh perjalanan jauh sebenarnya!
Tak sabar nak balik tempat penginapan. Tak tahulah berani mandi atau tidak. Sejuk .... ggrrrrrrrr! Hari ini matahari tidak sudi menyapa. Kabus ada di mana-mana.
Budak ni memang tahan sejuk betul!
Bersama kakak ipar, anak buah, menantu dan cucu-cucu.
Oleh kerana kebun strawberi telah ditutup, jadi kami tak dapatlah masuk. Amie sempat intai dan nampaknya sekarang bukan musim strawberi berbuah.
Tangkap gambar pokok strawberi di halaman saja.
Kami tinggalkan Mesilou Highland Strawberry Farm dengan harapan dapat berkunjung lagi ketika musim strawberi berbuah. Dapatlah anak-anak mengalami sendiri suasana di kebun strawberi.
Masing-masing berangan-angan untuk menginap di rumah ini. Dengarnya untuk penginapan satu malam dikenakan bayaran sebanyak RM400. Memang sesuailah untuk penginapan keluarga dan anak-anak kecil kerana letaknya bersebelahan dengan kebun strawberi dan kebun sayur.
Kami segera tinggalkan tempat ini kerana pada sebelah malamnya anak-anak buah merancang untuk berBBQ. Jadi persiapan seperti membakar arang perlu dibuat lebih awal.
Seronoknya...aman damai jer pemandangan kat sini...bestnya kalau kita semua dapat berjalan- jalan dengan bebas kan..
BalasPadam@Suria Amanda Apa nak buat SA. Ini pun hanya kenangan yang sempat dirakam sebelum PKP 2.0. Tak tahu bila lagi boleh bergerak bebas.
BalasPadamseronoknya jalan2 sana kak amie :)
BalasPadamMenarik tempatnya
BalasPadamSayangnya tak dapat berlama2an di situ
walaupun kejap je tapi dpt bergambar banyak tempat... cafe pun siap buka lagi... seronok jugak tu kak... dptla mengisi perut kan
BalasPadamnampak kabus masa akak bergambar ber2 dgn suami... mesti best sejuk je itu yg lapar je 2 beradik tu
Firdaus, awak tak pernah tak cute
BalasPadamcantik gila rumah stawberry ty
BalasPadamCantik tempatnya. Lain kali kena datang awal, boleh duduk makan kat cafe lama-lama. Hehe. Bestnya, cuaca sejuk.
BalasPadamtak perlu nk ke pahang dh.. semua ada di sabah.
BalasPadamsuka strawberi kering dr makan segar.
Alhamdulillah dapat juga masuk walaupun sekejap. Dapat juga menjamu selera. Sejuk sejuk tahan Firdaus makan aiskrim. Semoga ada rezeki sampai ke sini lagi :)
BalasPadam