Pages

Khamis, 11 Februari 2021

Sup Ayam dengan Betik

Hari ini tunaikan permintaan Fuad untuk masak Sup Ayam dengan Betik.Yang ada hanya sayap ayam, jadi itulah saja yang Amie masak. Tak sabar nak hirup kuahnya panas-panas. Rasa manis-manis manja betik mengkal dengan pedas-pedas manja juga dari lada putih memang mengancam selera kami sekeluarga! Mungkin sudah biasa dengan sup ayam dengan betik, jadi anak-anak pun sudah sediakan  sebiji mangkuk seorang, siap ambil sup panas lagi dari atas dapur! Sebenarnya bukan ayam yang hendak dikejar, tetapi kuah sup itulah yang dinanti-nantikan.

Biasanya kalau ada daun kemangi, Amie akan masukkan ke dalam sup ayam dengan betik ini. Harum jew aromanya. Amie kategorikan sebagai sup ringan, sebab tidak gunakan sebarang rempah beraroma seperi kulit kayu manis and the gang, hanya bawang putih, bawang besar, halia dan lada putih sahaja.

Untuk serikan warna sup, Amie bubuh sawi pakcoy. Encik Suami memang suka sangat sawi pakcoy. Selalu dimintanya Amie masak dengan sos tiram!

Pelengkap hidangan, selain Sup Ayam dengan Betik, Amie goreng ikan cencaru, sayur peria bubuh udang dan telur serta biji sawi, sambal tempoyak dengan daun salad dan timun. Ada sambal kicap juga, boleh dibuat cecah ikan cencaru goreng.

Sup Ayam dengan Betik.
Ikan cencaru goreng.

Red & green coral lettuce, timun, sambal tempoyak & sambal kicap.

Peria tumis dengan udang, telur dan biji sawi.

Limau Sunkist & betik.

Fuad boleh rujuk resipi di sini kalau teringin masak sendiri Sup Ayam dengan Betik. Menu ini menyihatkan dan penuh khasiat. Hanya direbus tanpa menggunakan minyak. 

Bahan-bahan:
  • 6 ketul sayap ayam - potong 3 (boleh gunakan bahagian ayam yang lain)
  • 500 gram betik mengkal - kupas kulit - buang biji - potong ikut suka
  • 2 pokok sawo pakcoy - bersihkan dan potong ikut suka
  • 1 labu bawang besar - belah 6
  • 2 liter air
  • garam / perasa pilihan secukupnya
Bahan tumbuk:
  • 2 cm halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil lada putih - jika suka pedas lebihkan sukatan
Cara memasak:
  1. Masukkan sayap ayam, betik, bawang besar, air dan bahan tumbuk ke dalam periuk.
  2. Masak di atas api besar sehingga mendidih.
  3. Kemudian kecilkan api dan renih sehingga ayam empuk dan buah betik layu.
  4. Masukkan sawi pakcoy dan perasakan dengan garam / perasa pilihan secukupnya.
  5. Kacau beberapa kali. 
  6. Setelah daun sawi pakcoy berubah warna, padamkan api dapur.
  7. Hidangkan panas.

4 ulasan:

  1. Bolehlah cuba nanti buat sup ayam letak buah betik mengkal.
    Sedap2 hidangannya.

    BalasPadam
  2. tak pernah lagi makan masakan mcm ni, waa nmpk unik , mesti sedap

    BalasPadam
  3. Unik hidangan sup ayam campur betik. Boleh cuba lah cara masakan kak amie buat sup ayam letak betik mengkal. Tapi nak cari betiknya susah pulak. hihi

    BalasPadam
  4. org utara tak pernah lg makan masakan mcm ni.. nampak rare dan menarik

    BalasPadam