Pages

Khamis, 11 Februari 2021

Cucur Jagung Kembung, Jagung & Keledek Rebus

Sekarang sudah pukul 10:15 pagi. Matahari belum kelihatan. Akhir-akhir ini rasa agak aneh sedikit kerana inilah kali pertama mengalami suasana hujan yang berterusan, dan tidak tahu bila akan ada satu hari tanpa hujan. Apabila Amie melihat ramalan cuaca di HP, sekarang suhu 26'C. Dijangka akan ribut petir, dan suhu akan mencecah serendah 23'C.  Esok dijangka hujan, dan lusa juga dijangka hujan. Isnin pun dijangka hujan! Maha Suci Allah yang menjadikan segenap alam dan segala cakerawala. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. Mudah-mudahan hujan yang turun adalah hujan yang penuh rahmat, menambah subur muka bumi-Nya. In shaa Allah.

Pagi ini kami sarapan bertemakan jagung! Cucur jagung dan jagung rebus. Teringat peribahas Melayu : Berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi masak. Maksudnya, membuat kerja sambilan sementara mendapat pekerjaan tetap, atau maksud lainnya sementara menunggu sesuatu yang lebih baik, yang kurang baik boleh digunakan dahulu.

Kalau kita di dapur pula, buat cucur jagung dahulu untuk sarapan pagi sementara menunggu waktu tengahari untuk masak nasi! Ngamkah itu? Ngam bah kan.... ahaks!

Eh! Sebenarnya selepas ini nak sambung tonton drama Korea Sky Castle. Dapat tonton dua episod pun okey juga. Ini semua kerja Abang Faridlah. Rajin betul cari drama Korea dan  suka sangat kalau Mommynya tonton drama Korea pilihannya.

Cucur jagung kembung, jagung & keledek rebus oren rebus.

Cucur Jagung Kembung

Keledek oren & jagung rebus.


Sebelum keluar kerja, Encik Suami sempat sarapan bersama di dapur. Minuman paginya, secawan kopi Najeehah. Anak buah suka bagi kopi Najeehah setiap kali kami beli barangan Najeehah daripadanya. Moga rangkaian perniagaannya bertambah maju.


Oleh kerana Abang Farid suka sangat makan 'tepung' jadi Amie kongsikan resipi Cucur Jagung Kembung di sini. Mudah sangat nak buat, tapi kalau Abang Farid teringin makan hasil air tangan sendiri tentu Abang Farid susah nak buat sebab tak tengok Mommy buat di dapur. Nanti Abang Farid boleh rujuk di sini.
Bahan-bahan:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan hirisan jagung - boleh gunakan jagung tin
  • 3 sudu besar gula pasir - boleh tambah atau kurang ikut citarasa
  • 1 sudu teh garam
  • 1 paket yis mauripan 11 gram
  • air secukupnya - untuk adunan tidak pekat dan tidak cair 
  • minyak
  • semangkuk kecil air - untuk celup hujung jari
Cara:
  1. Dalam sebuah bekas, masukkan tepung, gula pasir, garam, jagung dan yis mauripan.
  2. Tuangkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi adunan seperti cucur biasa. Tidak terlalu pekat dan tidak cair.
  3. Biarkan adunan selama 30 minit.
  4. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Gunakan api sederhana.
  5. Celupkan hujung jari di dalam mangkuk berisi air dan jemput adunan, jatuhkan dalam kuali.
  6. Goreng dan kacau sekali-sekala sehingga cucur jagung kembung berwarna kuning keemasan.
  7. Angkat dan toskan.

8 ulasan:

  1. Oh saya sudah tengok Sky Castle.
    Belum pernah makan cucur jagung. Menarik.

    BalasPadam
  2. Ish.. Comel-comel coq jagung tu.. Ubi Jepun tu sedapnya manis. Rakannya jagung rebus memang feel makan sambil tokak ditongkolnya berbanding makan corm in cup yang hanya isi sahaja..

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Saya dah lama sangat tak makan cucur jagung. :)

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. Sedapnya sarapan pagi di rumah kak amie. Cantik kejadian cucur jagung. Mak mak kalau buat cucur jagung lawa je. kalau diri sendiri buat tak menjadi bulat-bulat tu. huhu

    BalasPadam
  7. nampak cantik isi jagung tu.. mesti manis kalau dpt buat cucur.

    BalasPadam