Seperti biasa, hari Khamis malam Jumaat mana-mana keluarga sebelah Encik Suami yang berkelapangan akan mengadakan majlis bacaan Yasin. Baru-baru ini anak buah yang mengadakannya, disertai dengan majlis tahlil, dan dilengkapi dengan sedekah nasi berkat. Nasi berkat itu kami bawa pulang, dan perut memang sudah kenyang makan di kampung. Oleh kerana ada lebihan lauk-pauk, jadi anak buah agih-agihkan untuk kami bawa pulang termasuk ayam goreng berempah dan juga serunding ikan.
Nasi Goreng Serunding Ikan |
Nasi Berkat |
Nasi Berkat |
Dahulu, nasi berkat diletakkan dalam piring atau talam kecil. Apabila tetamu bawa pulang nasi berkat, mereka akan pulangkan kembali piring atau talam kecil kepada tuan rumah. Kini, keadaan sudah berubah. Penggunaan piring atau talam kecil sudah jarang ditemui, sebaliknya digantikan dengan bekas bertutup plastik bentuk bulat atau empat segi.
Lauk-pauknya pula ikut kemampuan tuan rumah. Antara lauk yang paling utama ialah serunding ikan. Dalam kedua-dua gambar di atas tidak kelihatan serunding tersebut sebab diletakkan di bahagian bawah, ditutup oleh ayam dan ikan goreng, sambal goreng kates, telur masin dan telur dadar serta terung goreng. Anak buah sedaiakan dua jenis sambal goreng iaitu sambal goreng kates (betik) dan sambal goreng peria. Dalam bekas bulat di atas ada sambal goreng peria, manakala dalam bekas empat segi ada sambal goreng kates.
Lauk-pauk tradisi masyarakat Cocos dalam nasi berkat juga satu-persatu mulai hilang seperti cempedel @ kepedel. Boleh klik di sini untuk melihat resipi kepedel @ cempedel : Resepi Tradisi Yang Sedap : Kepedel @ Cempedel. Kakak ipar kata, siapa yang nak buat, semua orang sibuk bekerja.
Cempedel @ Kepedel |
Ayam goreng berempah & ayam goreng & telur masin. |
Ayam goreng berempah itu sebenarnya lauk makan malam di kampung. Dalam nasi berkat dibubuh ayam goreng biasa.
Rasa Nasi Goreng Serunding Ikan ini sangat sedap! Habis satu bekas kami makan sekeluarga. Amie gunakan kesemua bahan dalam nasi berkat kecuali sambal goreng kates. Amie tambahkan hirisan kacang buncis. Kalau ada kacang panjang, lagilah tambah aroma nasi goreng! Jom lihat resipinya di bawah ini.
Bahan-bahan:
- 3 cawan nasi putih
- 1/2 cawan serunding ikan
- 1 ekor ikan goreng - ambil isinya - carik-carik
- 7 biji kacang buncis - hiris serong
- kepingan telur dadar - potong kecil
- 3 ulas bawang putih
- 5 biji bawang merah
- 3 sudu besar minyak
- garam / perasa pilihan
Cara memasak:
- Panaskan minyak. tumis bawang putih dan bawang merah hingga terbit aroma.
- Masukkan nasi putih. Gaul rata.
- Seterusnya masukkan ikan goreng carik, telur dadar dan kacang buncis dan serunding ikan.
- Gaul beberapa kali.
- Perasakan dengan garam / perasa pilihan. Gaul lagi beberapa kali dan padamkan api dapur.
lamanya tak makan berkat. takde orang yasinan musim musim PKP ni
BalasPadamDulu x faham apa Berkat tu...kalau kat Muar berkat tu merupakan cenderahati utk majlis yasin atau kenduri2 doa selamat..kebanyakkan masyarakat jawa mmg sediakan berkat..adik ipar SA org jawa
BalasPadamsup jagung ala koboi tu nampakkkkkkkk sedap
BalasPadammenariknya sup ala koboi tu hehe
BalasPadamSedapnya, Amie, nasi goreng serunding ikan.
BalasPadamSaya baru tahu tentang nasi berkat masyarakat Cocos.
rare hidangan nasi goreng serunding ikan masa kenduri. Baru saya tahu kisah nasi berkat letak dalam piring dan kena pulangkan piring tu zaman dulu.
BalasPadamSemakin kedepan kita semakin banyak olahan pada tradisi.. Macam nasi berkat ini..
BalasPadamya Ampun.. semua sedap2..
BalasPadamscam malaysia
protection plan
insurans
etiqa home insurance