Hari ini kami meraikan hari bersara Madam Liow salah seorang kakitangan di tempat kerja kami. Pada masa yang sama sambutan ulang tahunnya turut diadakan, dan seorang rakan kami berkongsi tarikh lahir tetapi belum cukup umur untuk bersara. Hari terakhir Madam Liow sebagai seorang kaki tangan awam berakhir pada 25 Februari 2021, kelmarin pada hari Khamis, tetapi majlis perpisahan ini hanya sempat diadakan pada hari ini, Jumaat.
Majlis persaraan yang diadakan amat sederhana, seadanya sahaja kerana masih dalam suasana PKP, namun meriah. Kami menyambutnya di gelanggang bola keranjang pada pukul 10 pagi tadi. Jamuan nasi beriani dihidangkan terus dalam bungkusan dan sudah sedia diletakkan di atas meja masing-masing.
Selamat bersara Madam Liow. Moga sentiasa sihat dan gembira bersama keluarga tersayang. jasamu tetap dikenang!
Selesai majlis persaraan Madam Liow. kami raikan pula sambutan ulang tahun gang kaki jalan, Nano di Pizza Hut pulak! Pada mulanya teragak-agak untuk ke sana, sebab perut masih kenyang, dan tak tahu nak bubuh bahagian mana pulak makanan di Pizza Hut nanti. Ulang tahun Nano jatuh pada 25 Februari 2021. Awal pagi lagi Nano sudah jamu kami dengan pelbagai dessert yang sedap-sedap, disediakan oleh Jusna.
Gang kaki jalan : Jusna, Nano, Amie, Kam, Misa & Akmi.
Selamat ulang tahun Nano. Moga sihat selalu, dan terus ikut kami jalan-jalan!
Orang kata sekalgi namanya persahabatan, selagi itulah kita usahaakan untuk meraikan hari gembiranya bersama-sama.
Sekian.
Cerita kali ini, pada hari ini.
Selamat bersara dan selamat menyambut hari kelahiran kepada yang diraikan.
BalasPadamSelamat bersara Madam Liow dan selamat hari lahir Puan Nano.
BalasPadamMeriah makan makan. Seronok meraikan mereka. Menggembirakan orang juga hadiah yang mahal :)
Are you in need of finance? we give out guarantee cash at 3% interest rate. Contact us on any kind of finance now: financialserviceoffer876@gmail.com whatsapp Number +918929509036 Dr James Eric Finance Pvt Ltd
BalasPadamhepi besday meriah dgn hidangan sedap
BalasPadamSelamat bersara, selamat ulangtahun kelahiran
BalasPadamcake design ni mmg famous kan skrg ni.. selamat bersara and happy birthday :)
BalasPadamMeriahnya tengok makanan. Mesti orang yang dirai rasa gembira, dapat makan-makan bersama.
BalasPadamSha cukup suka aktiviti macam ini.. hehehe..
BalasPadammerapatkan ukhwah..