Pages

Sabtu, 27 Februari 2021

Serunding Ikan Alu-Alu

Anak buah kami, sejak memiliki bot memang asyik turun ke laut membawa kumpulan pemancing ikan. Banyaklah hasil tangkapan mereka. Rezeki kami, anak buah jual ikan hasil pancingan kumpulan pemancing separuh harga dari harga pasaran, dan dapatlah kami dua ekor ikan alu-alu beratnya melebihi 8 kg.
Ikan alu-alu ini isinya putih dan teksturnya agak kasar berbanding isi ikan tenggiri. Amie selalu masak sambal, goreng taucu, dan masak pindang. Bahagian kepalanya Amie suka masak kari.

Serunding Ikan Alu-Alu

Ikan Alu-Alu


Amie olah ikan alu-alu yang lebih kecil, tetapi beratnya hampir mencecah 4 kg. Amie hanya ambil isinya untuk direbus. Apabila sudah terpisah kepala, dan dibuang isi perut dan tulangnya, berat isi ikan alu-alu hanya tinggal sekitar 3 kg sahaja. Jika inginkan serunding yang halus, bolehlah tumbuk atau kisar tetapi Amie inginkan serunding yang 'rasa' ikan. Jadi Amie hanya ramas-ramas sahaja isi ikan alu-alu yang sudah direbus. Hasilnya, serunding ikan kelihatan agak kasar, dan kalau kita makan terasalah ikannya. 

Membuat serunding ikan ini tidaklah begitu memakan masa yang lama sampai berjam-jam. Amie ambil masa lebih kurang 1 jam 15 minit dari mula masukkan santan ke dalam kuali sehinggalah serunding ikan kering berderai.

Apabila Encik Suami melihat serunding ikan sudah siap dimasak, teruslah keluar kata-katanya: Bolehlah buat epok-epok! Sedap ni serunding ikan buat inti epok-epok.

Alamak! Epok-epok pulak dah!

Bahan-bahan: 

  • 3 kg isi ikan alu-alu yang sudah direbus dengan 3 keping asam gelugor dan 1 sudu garam kasar -  toskan - ramas isi ikan
  • 1 kg pati santan
  • 5 helai daun limau purut - buang urat belakang
  • 2 biji limau nipis - ambil jusnya
  • 3 sudu besar serbuk kari
  • 1 cawan parutan gula Melaka
  • garam / perasa pilihan
Bahan kisar:
  • 15 tangkai cili kering
  • 4 labu bawang besar
  • 15 biji bawang merah
  • 10 ulas bawang putih
  • 5 batang serai - ambil isinya yang putih - hiris
  • 2 cm lengkuang
  • 3 cm halia
  • 1 sudu besar jintan manis
Cara memasak:
  1. Masukkan santan ke dalam kuali. Tuangkan bahan kisar, parutan gula Melaka dan serbuk kari. 
  2. Gaul rata sehingga gula melaka larut.
  3. Kemudian masukkan isi ikan alu-alu. Kacau selalu. Api sederhana sahaja.
  4. Setelah serunding ikan hampir kering, masukkan garam / perasa pilihan, daun limau purut dan juas limau nipis.
  5. Teruskan mengacau serunding ikan sehingga menjadi kering dan berderai.
  6. Padamkan api dapur.

11 ulasan:

  1. Sedap seruding ikan.. Kalau ada kulit popia ni boleh sipol kasih

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Tak pernah makan serunding ikan. Ikan ni cepat masak dan direbus dulu, jadi masak tu tak ambil masa lama. senang juga nampak membuatnya tu. serunding makan dengan nasi panas atau roti pun mengenyangkan dah :)

    BalasPadam
  4. Saya pun suka serondeng ikan, tapi tak pandai nak buat serondeng ikan yang berderai tu. Kalau di Kedah banyak dijual Pulut Sambal iaitu pulut lemak yang diletak inti serondeng ikan & dibungkus bentuk kon @ seperti bungkusan tapai.Namanya Pulut Sambal tapi intinya serondeng ikan.. Sedap

    BalasPadam
  5. sedapnya amie serunding ikan ni makan dengan nasi impit sambal kacang kalau orang pantai timur, berat gak kan sampai 8 kg tu :)

    BalasPadam
  6. Wah, Kita kena tunggu kejadian epok2 berinti serunding ikan alu2

    BalasPadam
  7. ikan fresh ni, bestnya.. rajin anak buah turun ke laut :)

    BalasPadam
  8. 1 jam 15 minit di dapur tu lama dah bagi saya. Hahaha

    BalasPadam
  9. Macam-macam boleh dibuat dari serunding nie kan sis..
    Bila dah buang kepala tulang kurang sikit la beratnya kan sis..

    BalasPadam