Pages

Khamis, 18 Februari 2021

Kuey Teow & Mee Hoon Sup Ikan Goreng Rangup

Hari ini hadiri mesyuarat bersemuka. Awal pagi lagi keluar ikut Encik Suami cari sarapan nasi kuning di kedai. Balik dari mesyuarat terus sambung BDR di rumah pula. Rasanya tak sempat masak. Encik Suami pun sudah belikan anak-anak nasi bungkus. 

Tadi sempat singgah makan tengahari berdua dengan Encik Suami. Kami makan makanan bersup sebagai hidangan tengahari. Kata Encik Suami, ini hidangan sihat dan berkhasiat. 

Kuey Teow Sup Ikan Goreng Rangup


Encik Suami - Mee Hoon Sup Ikan Kerapu Goreng Rangup
Amie - Kuey Teow Sup Ikan Batu Goreng Rangup


Mula-mula dihidangkan ikan goreng rangup pilihan masing-masing.
Panas, isi ikan segar digoreng salut tepung.

Isi ikan kerapu goreng rangup.

Isi ikan batu goreng rangup.


Beberapa minit kemudian, hidangan mee hoon dan kuey teor sup sampai ke meja. Tak sabar nak hirup kuah sup!


Walaupun kita order ikan batu goreng tapi nak rasa juga sekeping ikan kerapu goreng Encik Suami. Supnya ringan sahaja tanpa sebarang rempah ratus. Ada rasa masam sedikit dari hirisan sayur masin dan tomato. Halia yang digunakan dalam masakan sup ini dihiris nipis. Encik Suami kata kunyah saja halianya sebab halia muda! Untuk rasa pedas, boleh bubuh sambal cili padi.

Antara ikan kerapu dengan ikan batu, sudah tentulah isi ikan kerapu goreng lebih sedap! Hari ini hanya ada tiga jenis ikan sahaja yang ditawarkan iaitu ikan batu, ikan kerapu dan ikan keratang.

15 ulasan:

  1. Fuh! Rangup krup krap krup krap yang best tu!

    BalasPadam
  2. Pertama kali dengar, ikan keratang..

    Kuey teow sup nampaknya sangat sedap..

    BalasPadam
  3. ikan batu tu hidup atas batu ke mak? hehehe

    BalasPadam
  4. Wah..tak pernah makan menu gini. Menarik la Amie.

    Ikan batu..ikan keratang..pun tak penah tau.

    BalasPadam
  5. @uncle gedek Memang best Uncle, maklum tak masak sendiri.

    BalasPadam
  6. @Seri Kandi Di Tanah Jauhar Ikan keratang tu sejenis ikan kerapu juga tapi saiznya sangat besar.

    BalasPadam
  7. @Wak Lat Ikan batu hidup dalam air nak. Yang hidup kat batu ulat ulat ye nak.

    BalasPadam
  8. Seronok dapat kenal macam-macam ikan kalau masuk sini. Dah macam masuk. Aquarium.. Hihihi🦈🐡🐠🐟🐬

    BalasPadam
  9. alamakkkkk silap msk blog ni.... waduhhh dah laa sy jenis x boleh tgk menu bersup + bergoreng mcm ni arghhhh lapoooo

    BalasPadam
  10. Sedapnya sup dengan ikan salut tepung goreng rangup. okay sangat pesan 2 jenis ikan, boleh rasa kedua duanya. saya pun suka jenis sup ringan tanpa rempah ratus. plain sup :)

    BalasPadam