Pages

Khamis, 18 Februari 2021

Japanese Cheese Cake : Hadiah Cabut Gigi

Setiap kali Amie dan Encik Suami keluar, kepulangan kami mesti disambut dengan pertanyaan dari Firdaus: Ada Mommy beli sesuatukah untuk Daus?

Perkataan 'sesuatu' itu nampak benarlah berbentuk formal macam orang tua bercakap! Namun, itulah keunikan anak kita, ada gaya tersendiri sewaktu bertanya.

Jadi, dek selalu diajukan soalan yang sama setiap kali pulang dari berpergian, tak sampai hati pula kalau balik dengan tangan kosong. Selepas kami makan sup ikan goreng rangup, kami sempat singgah-singgah membeli buah-buahan dan sayuran, dan  bawa pulang sebiji Japanese Cheese Cake.

Seperti dijangkakan memang keluar pertanyaan : Ada Mommy beli sesuatu untuk Daus?

Kita jawab: Ada sayang. Tapi tak boleh makan sekarang. Sayang kena pergi klinik cabut gigi dulu. Balik nanti boleh makan.

Japanese Cheese Cake

Japanese Cheese Cake yang comel ini berharga RM16.00. Amie makan sedikit. Sedap! Lembut dan gebu, penuh rasa cheese tetapi tidak begitu manis. Firdaus tidak sabar untuk makan setelah beberapa jam menahan diri  menjamah kek selepas balik dari cabut gigi.

Muka budak kecik baru balik dari cabut sebatang gigi depan.


Amie potong kek ini menjadi 6 keping. Walaupun tahu Encik Suami, Fuad dan Fairuz tak suka makan, tapi bahagikan juga kepada 6. Siapa nak makan boleh ambil. Rupanya Firdaus makan 5 keping! Kebetulan sebelum itu Abang Farid sudah kata dia nak makan kek itu! Jadi Abang Farid dapatlah makan sepotong!

Abang Farid tanya : Masih adakah lagi kek ini di kedai, Mommy?
Kita sahut : Ada. Kenapa bang?
Abang Farid jawab : Saya nak belilah Mommy.
Jawab Amie: Esoklah Mommy belikan abang.

12 ulasan:

  1. Teringat anak ai cabut gigi, mamanya yg seriau lebih. Bila settle je rasa lega.. sbb dah tak kena bising lg dgn Ustazahnya, gigi susunya yg terjongket tu mengganggu bacaan ketika mengaji.

    BalasPadam
  2. Hehe ada logo doraemon.
    Mak ai tidak nampak cabut gigi sebab bolrh makan 5 keping!

    BalasPadam
  3. sedapnya kek... tapi dah tua tua ni taknak dah cabut gigi...2 minggu sakit

    BalasPadam
  4. serious kek ni sedap gila!!!! i love it

    BalasPadam
  5. comelnya kek japanese cheese cake nii, siap anak logo doreamon lagi :)
    haritu baru buat, sedappppp

    BalasPadam
  6. kek ni memang sedap. comel lak hiasan nya

    BalasPadam
  7. lg cpt baik gigi kalau dpt kek mcm ni hahaha��

    BalasPadam
  8. Selalu orang lepas cabut gigi takde selera, Firdaus lain pulak. Hehe

    BalasPadam
  9. kena cabut baru dapat makan cake ye. hihi..kalau tak mesti Firdaus taknak cabut gigi. goodboy lah dia tak nangis. Betul betul selera dia makan sampai 5 potong. hihi

    BalasPadam