Hari ini gantung periuk. Minta tolong Abang Farid order makanan dari Summer Sweet House. Abang Farid tak mahu pilih makanan untuk dirinya, sebab tak ada selera makan. Petang tadi boleh katakan semua penghuni rumah tidur termasuk Amie sendiri. Jadi pandai-pandailah kami berdua pilih makanan. Untuk Fairuz, kami pilihkan Nasi Lalap sebab memang kegemarannya makan nasi lalap. Fuad pula, kami pilih nasi Goreng Summer. Untuk Firdaus dan Encik Suami pula, kami pilihkan mee kolok. Amie pula teringin nam makan wat tan hor.
Apabila sudah dihidangkan, Fuad dan Fairuz nak makan mee kolok pula! Fairuz tak mahu makan nasi lalap! Tak apalah, kita makan kongsi mee kolok. Waktu ini Amie pun mula membebel:
Lain kali kalau orang bangunkan tidur, bangunlah! Pilih makanan sendiri. Ini pandai-pandai Mommy dengan Abang Farid yang pilih. Nak buat macamana. Makan sajalah. lain kali kita order mee kolok lagi.
Nasi Lalap dilengkapi dengan nasi putih, kacang panjang dan terung goreng, timun, tomato dan peha ayam goreng.
|
Nasi Lalap |
|
Kolo Mee Chicken Roll (Mee Kolok) |
|
Fried Kolo Mee Telur Mata Sapi (Mee Kolok) |
|
Nasi Goreng Summer |
|
Wat Tan Hor (Seafood) |
Akhirnya Fairuz habiskan juga sepinggan nasi lalapnya.
Sedang tulis entri ini tiba-tiba Abang Farid kata perutnya lapar. Alhamdulillah. Selera makan sudah datang. Abang Farid kata nak makan roti john. Syukurlah masih ada kedai makan yang masih dibuka, dan Abang Farid sedang menunggu roti john dari Burger Kampung Lahad Datu.
ngok mee kolok nii membuatkan sy lapar pulak. hahaha
BalasPadamWah.. lepas ni Kita tengok pulak roti john Abg Farid, Alhamdulillah dah terbuka seleranya
BalasPadamNampak sedap2 belaka
BalasPadamboleh rasa semua hidangan sikit sorang kan sedap tu
BalasPadamBest bila gantung periuk dan order makan. Nampak sedap semua hidangan, terutama wat tan hor.
BalasPadamsuka makan telur jenis tak masak telur kuning tu ,sedap :)
BalasPadamAbang Farid tak sihat ke tu? Takde selera makan
BalasPadammemula baca nasi lelap? hahahaha nasi lalap rupanya
BalasPadamMee kolok tu nampak sedap. tak pernah makan lagi. Alhamdulillah Abang Farid dah mula berselera makan. Tanda nak sihat dah tu. Senang sesekali order je bila masing-masing dah kepenatan dan ketiduran.
BalasPadam