Pages

Jumaat, 5 Februari 2021

Brunei Satay House Indah Permai

Pernah makan sate Brunei? Dengar ceritanya perniagaan sate ini bermula di Beaufort dan berkembang ke beberapa cawangan sehingga ke Papar, Tuaran dan Indah Permai. Jom kita pergi ke Indah Permai, Jalan Sepanggar - Menggatal. Katanya ada pelbagai menu masakan Brunei Darul Salam ada di situ. Kalau berpeluang untuk makan di situ, sudah tentu selain makan sate, nak makan kelupis juga!

Bukan sahaja ada kelupis dan aneka jenis sate, kuchong  pun ada. Kuchong (kita biasa eja kocong) ialah sejenis makanan daripada pulut nasi dan dengan ayam  seperti (kuih chang Hokkien). Ada ambuyat juga. Jangan lupa ambuyat ialah sejenis makanan kebangsaan Brunei. Memikirkan banyak pilihan menu, di belah mana pula nak sumbat dalam perut!

Jom kita terjah ke sana, tengok menu apa yang ada untuk dinikmati.

Pertama kali mencicipi sate menu dari Brunei ini memang ada sedikit perbezaannya, terutama kuah sate yang berwarna agak kekuningan. Nampak beza warna dengan kuah sate kita yang berwarna lebih gelap, kuning kemerahan disebabkan penggunaan cili kering. Akhirnya dapat juga merasa kuah kacang Sate Brunei yang dikatakan kaw kaw itu!

Sumber : FB Satay Brunei House Indah Permai

Brunei Satay House, Block E, Ground Floor, Lot 6, Indah Permai Shop Lot, 88450, KK Sabah 88450 Kota Kinabalu, Sabah.

Sumber : Brunei Satay House Indah Permai

Pinjam kata-kata dari Facebook : BRUNEI SATAY HOUSE INDAH PERMAI:

SATE LAZAT 
YANG MENGHASILKAN SUATU GETARAN NIKMAT APABILA DIKUNYAH,
MENCAIR DIMULUT 
DAN RASANYA MERONTA SEHINGGA MELEKAT DIHATI. 

Firdaus nampak letih betul! Matanya memang dah layu. Kejap lagi kita balik hotel ye dik. Boleh mandi dan berehat. Mari minum dulu.

Thai Green Tea

Mango Smoothie.

Soto Campur.

Sebelum hidangan sate sampai ke meja, Soto Campur pesanan Fairuz sampai dulu. kalau dah kenyang makan soto, mana nak bubuh sate dik?

Set sate yang dipesan sudah tiba di meja.

Sate yang dihidangkan, sate ayam. lembu dan kambing.

Kochung itu lain harga, tak termasuk dalam set sate.

Dalam set sate ini, selain tiga jenis sate, ada nasi himpit, kuah kacang, kentang goreng, sos cili, hirisan timun dan bawang. Harganya RM55.90 sen.

Amie minta kelupis tetapi pekerja restoran memaklumkan, pukul 6 petang baru ada kelupis. Jadi Amie minta kuchong. Dua ketul kuchong ini berharga RM2.40 sen.


Jom kita cuba sate yang katanya :

SATE LAZAT 
YANG MENGHASILKAN SUATU GETARAN NIKMAT APABILA DIKUNYAH,
MENCAIR DIMULUT 
DAN RASANYA MERONTA SEHINGGA MELEKAT DIHATI. 

Siapalah agaknya yang mencipta puisi tentang sate ini... ahaks! In shaa Allah jika berkesempatan berkunjung di lain masa ke Kota Kinabalu, akan singgah lagi untuk makan ambuyat dan kelupisnya pula.

14 ulasan:

  1. sedap nmpknya sate brunei tu..haus plak tgk air tu

    BalasPadam
  2. Ya Allah kak..geramnya tgk satey tu kak ^_^

    BalasPadam
  3. kucung n kelupis nampak sama berbeza isi n rasa kut

    BalasPadam
  4. x dinafikan mmg nmpk sedap kak... ni yg rs nk terbang g KK lg ni hahaha

    BalasPadam
  5. @paridah Yang samanya dua-dua diperbuat daripada pulut. Bentuk dan isi beza. Kelupis tak ada inti dan bentuk panjang. Kuchong diikat, dan ada inti.

    BalasPadam
  6. @dear anies Mari terbang lintas Laut China Selatan.

    BalasPadam
  7. wah first time dengar sate brunei ni...
    dari segi rupa x nampak banyak beza mcm sate msia..

    BalasPadam
  8. Wah unik2 makanan mereka ya...sate nya pun nampak lebih besar dari kat sini.

    BalasPadam
  9. atie jenis makan satay saja.. jarang cicah kuah kacang

    BalasPadam
  10. Tak pernah makan sate Brunei, Kuchong pun pertama kali dengar. Hidangan sate yang lengkap ada macam-macam memang sedap lah cerita dia :)

    BalasPadam
  11. mmg peminat sate famili kak amie ye.. hehehehe

    BalasPadam
  12. pernah mkn jgk, masa jln2 di beaufort dlu.. sedap

    BalasPadam