Pages

Sabtu, 6 Februari 2021

Ayam Goreng Bijan

Selamat berhujung minggu. Bagaimana cuaca di tempat rakan semua? LD, seperti kelmarin dan hari-hari sebelumnya tetap sama. Mendung sepanjang hari. Hujan tidak kira waktu sama ada sebelah pagi, tengahari, petang atau pun malam. 

Pagi ini Amie goreng mee hoon atas permintaan Encik Suami, dan goreng ayam atas permintaan anak-anak. Ayam goreng yang Amie olah kali ini, Amie bubuh bijan dalam tepung penyalut ayam. Amie tidak ada stok tepung goreng ayam, jadi Amie buat sendiri. Oleh kerana anak-anak sukakan rasa lembut-lembut dan rangup pada ayam goreng, jadi Amie campur tepung gandum, tepung jagung dan tepung beras menjadi satu. Kemudian Amie tambahkan dua sudu besar bijan.  Amie perap ayam dengan serbuk garam / perasa, serbuk kunyit, bawang putih dan halia dan kemudian tuangkan putih telur. Gaul. Biarkan sekejap sebelum golek-golek atas tepung.

Ayam Goreng Bijan.

Mee Hoon Goreng Sosej.

Ini yang mahal. Lada, orang LD bilang. Cili padi dengan bawang putih kisar, tambahkan perasa dan perahkan jus limau sama ada limau kasturi atau limau nipis. Kalau tidak ada lada begini, kurang lengkaplah hidangan mee hoon .... ahaks!

Kopi Instant.



Kalau di kantin atau di mana-mana gerai jualan makanan, memang biasanya orang akan cari ayam goreng untuk digandingkan dengan mee hoon atau mee goreng. Jangan lupa lada itu, yang cukup rasa masam manis masin sebagai pelengkap!

Amie kongsikan resipi Ayam Goreng Bijan di bawah ini. Firdaus kata, sedap ayam goreng dengan mee hoon goreng. Itu sebab Daus makan banyak, katanya. Rasanya lain kali kalau nak buat Ayam Goreng Bijan, kena bubuh bijan lebih sikit supaya tersalut seluruh bahagian ayam yang digoreng. Gorengan kali pertama ini sekadar try and error saja.

Bahan-bahan:
  • 5 ketul sayap ayam saiz besar - potong 2
  • 2 ulas bawang putih - tumbuk
  • 2 cm halia - tumbuk
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1/2 sudu kecil lada sulah
  • garam / perasa pilihan secukupnya
  • 1 biji putih telur 
  • minyak
Bahan penyalut:
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 2 sudu besar bijan
Cara memasak:
  1. Gaul ayam dengan bawang putih, halia, lada sulah, garam / perasa pilihan dan serbuk kunyit.
  2. Kemudian tuangkan putih telur. Gaul lagi. Perap seketika lebih kurang 15 minit.
  3. Dalam sebuah bekas, campurkan tepung gandum, tepung jagung, tepung beras dan bijan. Gaul sebati.
  4. Ambil seketul sayap ayam yang diperap dan golek-golekkan sehingga merata di atas campuran tepung tadi. Buat sehingga habis.
  5. Goreng sayap ayam yang sudah bersalut tadi di dalam minyak terendam sehingga kuning keemasan.
  6. Angkat dan toskan.

10 ulasan:

  1. Selamat berhujung minggu Kak Amie. Sini cuaca tak menentu. Kejap panas kejap mendung. Ayam ada sambal sikit macam ayam korea dah ada bijan. Tertarik dengan pinggan mangkuk kak amie. Cantiknya :)

    BalasPadam
  2. @Azhafizah MN Layan selera anak-anak di musim hujan. Di LD jarang sangat jumpa matahai.

    BalasPadam
  3. Rangup-rangup lemak, meletup2 dalam mulit bila kunyah bijan.. Saya suka bijan. Tempat kami bijan dipanggil "lenga".

    BalasPadam
  4. menyelerakan! sambal lada di sabah mmg sedap.. pedas² masam

    BalasPadam
  5. Salam hujung minggu, Amie. Cuaca di Manjung, Perak, panas terik sejak pagi. Menarik juga, goreng ayam letak bijan. Saya biasa kalau goreng ayam, guna tepung segera cap Bestari.

    BalasPadam
  6. @namakucella Percubaan pertama ni bubuh sikit bijan, nanti nak goreng lagilah. Boleh bubuh bijan lebih bagi letup-letup tu meriah sikit hihihiii.

    BalasPadam
  7. @Atie Zieya Sedapkan bihun goreng. Marilah makan.

    BalasPadam
  8. @Kakmim Macam-macam rasa sambal lada Sabah kan, tapi yang pastinya ada rasa masam2 pedas.

    BalasPadam
  9. @Nur Selalu goreng guna tepung Bestari, sedapkan Nur. Tapi anak-anak bujang dah habiskan. Ni try tepung buatan sendiri ... ahaks!

    BalasPadam