Sambung lagi cerita lama. Selesai berurusan di Tuaran, kami kembali ke Kota Kinabalu. Malam terakhir di Kota Kinabalu, kami menginap di Hotel Raia yang dulu dikenali dengan nama Hotel Tabung Haji. Letaknya di Jalan Sembulan, Kota Kinabalu. Tak ingat, entah berapa kali menginap di sini kalau kami ke Kota Kinabalu. Zaman Abang Farid dan Fuad belajar di Kolej Matrikulasi Labuan, memang di sinilah tempat kami transit selain Seapark Condotel. Biasanya, awal pagi lagi kami akan bergerak ke Menumbok, perjalanan lebih kurang selama 2 jam dari Kota Kinabalu. Di Menumbok, kami menaiki feri dengan membawa bersama kenderaan kami menuju ke Labuan. Begitulah rutin kami selama beberapa tahun sehinggalah Abang Farid dan Fuad sambung belajar di universiti.
Ketika ini hujan turun rintik-rintik. Kami baru sahaja daftar masuk.
Dah rindu nak gi jalan²..tdo hotel 😔
BalasPadamrindu nk tido hotel cuti2 kan....lama juga tk mkn telur masak separuh
BalasPadamrasanya ni laa hotel yg ada kontroversi dulu (penjualan aset TH) hehe tp nmpk selesa laa rs nyaman gituu
BalasPadam@Jaja Ahmad Harap cepatah Covid-19 berlalu pergi.
BalasPadam@mama tisya Sedapkan telur separuh masak.
BalasPadam@dear anies Mungkin juga.
BalasPadamMenarik juga hotel Tabung Haji ni. Islamic style, ada disertakan doa.
BalasPadamTengok hash brown favourite Firdaus, saya mencari hash browns tak jumpa-jumpa. terlajak laris dapat beli sekali je haritu. Hihi..ramai peminat hash browns.
kat kuching ni hotel raia br nk bukak... lokasi dpn airport je... rindu pulak rasa nk staycation di hotel dgn anak²
BalasPadam