Tahun 2020 walaupun penuh cerita Covid-19, namun dalam tempoh itu jugalah rancak menyiapkan entri sehingga mencecah angka 500! Dalam rancak-rancak menulis tiba-tiba diduga dengan keadaan kurang sihat. Rasa rindu ingin menulis walaupun baru beberapa hari tinggalkan dunia maya. Rasa kurang sihat itu hadir ketika sedang membantu menyiapkan tugasan Firdaus untuk menyiapkan dokoh pada hari Rabu lepas. Seminggu sebelumnya guru mata pelajaran Pendidikan Seni memberikan tempoh untuk mengenali dokoh dan mengumpulkan bahan yang diperlukan untuk membuat dokoh. Kemudian hasilnya perlu dihantar dalam bentuk gambar.
Sepatutnya lekatkan manik sebagai hiasan dokoh, tetapi tak jumpa di mana Amie simpan manik-manik lebihan sewaktu membuat bunga telur. Oleh kerana kena hantar pada hari Rabu juga, jadi Amie suruh Firdaus gunakan sahaja bahan yang ada untuk dijadikan hiasan.
Maka siaplah dokoh dengan hiasan tanah liat!
Setelah Amie hantar gambar kepada gurunya melalui WhatsAap, Amie pun mesej kawan yang mempunyai anak yang sama bersekolah dengan Firdaus dan ceritakan tentang:- terlupa beli manik
- banyak kerja sendiri yang perlu disiapkan
- cikgu dah beri tempoh satu minggu
- suruh Firdaus gentel tanah liat buat hiasan
- hamik ko.... yang penting siap
Allahu Akbar!
Rupanya Amie tersalah hantar mesej!
Mesej terhantar ke WhatsAap cikgu Firdaus....huhuhuuuuuu!
Amie cepat-cepat delete, tapi rupanya cikgu Firdaus sempat baca.
1:32 petang : Assalamualaikum Cikgu XXXXX
1:32 petang : Ini dokoh Firdaus.
1:34 petang : Waalaikumussalam. Bagus A+ (3 tanda ibu jari)Terima kasih.
Pada pukul 1:35 petang itu pula Amie mesej kawan tapi tersalah hantar kepada cikgu Firdaus....huhuhuuuuuuu! Dia sempat baca, dan Amie pula cepat-cepat delete! Amie nampak dia sedang menaip, tapi kemudian dia padam pula mesejnya. Mungkin ternampak Amie sudah delete mesej Amie itu.
Amie beritahu Encik Suami, malulah pula sebab macam tak ikut arahan guru, lepas tu tersalah hantar mesej pulak!
Dapat pula A+.
Kreatiflah tu. Gunakan bahan yang ada. Tanah liat pun oleh buat hiasan juga, kata Encik Suami.
Hurrrmmm... lain kali cakap siap pandang-pandang, nak tulis mesej pulak pastikan nak hantar tak salah orang!
Terima kasih rakan-rakan blogger yang sudi datang bertandang. Mohon maaf sebab tak dapat blogwalking beberapa hari ini. Migraine yang sudah sekian lama tidak bertandang, tiba-tiba datang menyerang. Terpaksa minta kelonggaran masa daripada boss untuk menyiapkan segala tugasan dan laporan yang sepatutnya dihantar pada hari ini. Nampaknya Amie terpaksa 'menutup pintu dapur' ini buat seketika. Apabila sudah selesai semua tugas hakiki, sudah sihat seperti sediakala, in shaa Allah kita akan bertemul lagi di dunia maya.
Kurg rehat tu kot kak.. byk pikir.. rehatlah dulu kalo dh rasa ok br bw k... speedy recovery kak amie!!!
BalasPadamSelamat berehat kak, aduh kenangan betul tersalah hantar mesej tu
BalasPadamHave a good rest & take care kak amie.
BalasPadamselamat berehat Amie
BalasPadamsemoga cepat sembuh
Semoga cepat sihat ya, Amie. Tersalah send mesej tu kita pun pernah, nasib mesej yg ok ok jer, hihi
BalasPadamSemoga cepat sembuh kak Amie. Dalam gambar tak nampak pun tu tanah liat. Yang penting Firdaus buat sebaik mungkin
BalasPadamMoga cepat sembuh ye kak,samalh dgn ank kita..sy last minute baru nak buat..ha haa..mak bz jew kt dapur.
BalasPadamSyafakillah amie, rehat cukup2 ye. Nnt kita jumpa lagiπ
BalasPadamSelamat Berehat Kak.
BalasPadamMemang akhir tahun ni tak cukup kakitangan rasa.
Kreatif hasil seni Firdaus.
Comelnya dokoh hasil kreativiti firdaus dan mommy. Alamak, tersalah bagi message. Bila banyak berfikir mesti tersilap. Takpe kak amie, tak disengajakan.
BalasPadamApapun semoga kak amie cepat sembuh..Aaminn..
take care :)
So kreatif..cantik dokoh tu Amiey,puashati dapat buat sendiri. Take care Amiey.Semoga sentiasa sihat dan di lindungi Allah selalu.Aamiin.
BalasPadamSemoga Amiey sentiasa sihat dan di lindungi olehNya. Take care,sooo nice dokoh tu.
BalasPadamSemoga cepat sembuh kak amie.
BalasPadamDokoh firdaus tuu cantik. Kreatip hasil kerja kak amie n anak π
moga pulih sediakala dh hujungtahun kena berehat dulu kan
BalasPadamAduhaiiiiii... Rasanya ramai pun yang pernah hantar whatsApp tersalah bilik termasuk juga saya.. Hihihi
BalasPadamApapun syafikillah semoga Allah memberi kesembuhan untuk cikgu
wah cecah 500 ya amie..kita tiberr check angka kat blog sendiri, uik belum sampai 500 lagi ni...kena kejar amie ni...hahahhaha
BalasPadamAduh..kelakar pulak bab salah hantar mesej tu π
BalasPadamSemoga Allah segera beri kesembuhan untuk Amie ya.
selamat berehat kak Amie:) semoga kembali ke dapur dengan menu dan resepi sedap-sedap untuk dikongsi.Take care..
BalasPadamSpeedy recovery Amie.
BalasPadamTake care.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamItulah kehidupan. Kadang-kadang sihat kadang-kadang tidak.
BalasPadamKadang-kadang lapang kemudian sibuk.
Jaga diri.
cantik.. kemas saja walaupun guna tanah liat. kalau saya jadi cikgunya ttp juga kasi A+ atas effort dan usaha. lagi2 time covid ni kekangan kalau tiba2 x jumpa maniknya smata nak siapkan kerja rumah. janji anak murid saya tunjuk usaha nak siapkan.. okay saja tu..
BalasPadamrest well kak.. jangan buat kerja2 berat..
rehat banyak2 yaa nanti dah sihat boleh sambung blogging..
Semoga Amie cepat sihat. Amie adalah salah sorang top commentators kat blog saya.
BalasPadamhttps://iamaslowrunner.blogspot.com/2020/12/hadiah-untuk-top-pengomen.html
smoga cpt sembuh dan bole kembali update blog dgn menu masakan dan makanan mcm2...keratif tu dpt a+ tahniah utk anak kak amie
BalasPadamharap2 ketika ni akak dah kembali sihat seperti sedia kala ;-)
BalasPadamBagusnya dapat A+, tersalah hantar msg tu memang biasa berlaku...semoga Kak Amie terus sihat ye
BalasPadamWalaupun tak ada manik namun hasilnya sangat cantik.. malah kreatif bila guna tanah liat untuk dijadikan manik.. ohsem..
BalasPadam