Pages

Khamis, 19 November 2020

Sarapan Nasi Kuning Sambal Ikan & The Gang

Selamat tengahari. Rehat seketika dari berBDR. Beri laluan untuk bersiaran dari dapur maya. Hari ini masak sekali harung dari pagi untuk alas perut sampai ke tengahari dan kalau boleh terus ke petang. Malam tadi tidur agak lewat kerana menyiapkan tugasan, dan pagi ini pula ingatkan nak sambung tidur tapi kaki terlajak ke dapurlah pula. Jadi, bersilatlah seorang diri masak nasi kuning and the gang sehingga selesai. Kemudian bersihkan diri, dan bersedia terjun ke dunia maya untuk berBDR. Sekarang timbul semula....  ahaks!

Nasi Kuning Sambal Ikan & The Gang


Nasi Kuning & The Gang

Hari ini anak-anak memang puaslah makan nasi kuning. Biasanya, kalau Amie lama tak masak nasi kuning mereka akan pergi cari sendiri di warung-warung berdekatan. Kalau rasa nasi kuning yang dijual di satu-satu warung menepati selera, maka berkali-kalilah mereka berkunjung ke situ.
Seperti nasi lemak, nasi kuning juga mengalami perubahan dari segi penyediaan lauk-pauknya. Kalau nasi lemak, lauk asalnya ialah sambal ikan bilis, dan telur rebus serta hirisan timun, kini lauk-pauknya sudah bertambah kepada ayam goreng, ayam goreng berempah, dan sebagainya. Sambalnya pula tidak terhad kepada sambal ikan bilis, malahan ada sambal sotong, sambal kerang, sambal udang dan sebagainya. 
Begitu juga dengan nasi kuning di Ngeri Sabah di Bawah Bayu. Waktu Amie mula-mula sampai dulu, Amie selalu beli nasi kuning dalam bungkusan daun pisang. Lauknya hanya sambal ikan sahaja. Kalau makan di kedai, ada tambahan semangkuk kecil sup (diambil dari rebusan sup tulang). Maaf, Amie tak ada tulang. Amie renih sup saderi dengan lobak merah saja.
Lama-kelamaan Amie jumpa hidangan nasi kuning ditambah dengan telur rebus, hirisan timun, dan serunding kelapa. Sambalnya pula tidak terhad kepada sambal ikan seperti ikan tuna, tenggiri, tulai, lumahan, tongkol dan banyak jenis ikan lagi. Selalu Amie jumpa sambal sotong, sambal udang, sambal tempe , sambal ayam dan entah apa sambal lagi menjadi lauk nasi kuning.

Nasi Kuning


Amie masak nasi kuning gunakan beras Taiwan Panjang yang dibeli di Tamu Tenom pada akhir Ogos 2020 yang lalu. 

Sambal Ikan


Kali ini Amie campur 3 jenis ikan dalam sambal. Pada mulanya hendak masak sambal ikan tuna sahaja, tetapi terjumpa ikan tenggiri sekeping, dan ikan layar sekeping. Eloklah masak semua.

Telur Rebus


Hirisan Mentimun

Serunding Kelapa


Sebenarnya jarang jumpa nasi kuning bubuh sambal kelapa sekali. Kalau ada rezeki, adalah tuan nasi kuning sediakan. Biasanya jumpa serunding kelapa di dapur sendri sahaja. Kalau rajin sediakan sup, kira lengkaplah set hidangan nasi kuning. 
Walau apa pun lauk yang disajikan, nasi kuning lauk sambal ikan juga menjadi pilihan! Entahlah. Bukan selera Amie sahaja, selera keluarga, selera kawan-kawan juga begitu! Mungkinkah memang nasi kuning serasi berjodohan dengan sambal ikan? Dan sambal itu pula mesti ada rasa seperti sambal nasi lemak yang cukup rasa manisnya, selain rasa masin garam dan asam jawa.


Ingin mencuba masakan nasi kuning? Amie banyak kongsi paparannya di bawah ini:
Selain sambal ikan, anak-anak suka makan nasi kuning dengan ayam goreng!

Terpulanglah ikut selera masing-masing kan.
Tepuk mulut, nanti mulut akan jawab nak makan apa.... ahaks!
Wokey!
Jom solat Zohor. Lepas itu sambung BDR.

10 ulasan:

  1. Agak2 kalau jual nasi kuning sambal ikan di Johor, boleh laku tak? Sekarang ni yang popular di JB, Nasi Kandar Royale (nasi lemak warna kuning) makan dengan lauk kari, hihi

    BalasPadam
  2. Selamat tengah hari, Kak Amie. Sedapnya nasi kuning dan lauk-pauknya.

    BalasPadam
  3. Bila dah menetap di Sabah nick baru saya perasan kenapa ada nasi kuning di Sabah.

    BalasPadam
  4. Hidangan yang sangat menyelerakan kak amie. Senang sekali masak untuk tengahari. Tengahari dah boleh rehat dah kan.

    BalasPadam
  5. Berbeza dengan nasi kuning Terengganu. Di sini kuahnya bukan sambal tapi macam kuah nasi dagang.

    BalasPadam
  6. kat tempat uncle susah jumpa nasi kuning ni...

    BalasPadam
  7. Wah nampak sangat sedap dengan sambal ikan.Untung Sabah banyak hasil laut.

    Kalau kat Kedah ada juga nasi lemak memang warna kuning. Dijual siap dibungkus surat khabar. Tapi nasi lemak kuning kedah tu tidak guna santan.

    BalasPadam
  8. macam nasi royale kedah la kan...nasi lemak warna kuning...

    BalasPadam