Pages

Isnin, 23 November 2020

Jalan-Jalan Cari Pisang Goreng

Ada satu tempat yang boleh kami datangi tanpa melalui sekatan jalan raya (SJR) iaitu kampung Encik Suami. Petang tadi keluarkan diri dari gua batu, jalan-jalan ke kampung. Banyak gerai tumbuh di sepanjang jalan terutamanya gerai buah-buahan tetapi kebanyakannya hanya buah betik, nanas dan tembikai serta sayur-sayuran dan ubi-ubian.

Pulang ke rumah, jinjing tiga bekas berisi keropok lekor, ubi keledek goreng dan pisang goreng. Ketiga-tiga goreng-gorengan ini ada pencecah masing-masing, tapi anak-anak tetap memilih untuk cecah dengan sambal tomato yang masih berbaki dalam kuali.



Pisang goreng, ubi keledek goreng dan keropok lekor bukan susah sangat nak goreng di dapur sendiri. Tapi sesekali makan hasil air tangan orang kampung juga terasa enaknya!

12 ulasan:

  1. Makan time masih panas2 sangat sedap. Lagi2 kalau Ada smbal utk dicicah.

    BalasPadam
  2. anak2 UN dah craving nak kerpok leko. esok abahnya nak cari kat Kajang.. entah mimpi apa nak makan keropok leko.

    BalasPadam
  3. teringat tadi carik goreng pisang tak ada..gerammmm

    BalasPadam
  4. Kalau ubi rebus cicah sambal lg sedap kn amie...

    BalasPadam
  5. rasanya dah lama tak makan goreng pisang.. hmmmm sedapnyaaaa

    BalasPadam
  6. Rindu makan pisang goreng cili kicap di kampung. Bila la boleh balik Muar lagi

    BalasPadam
  7. rare cicah dengan sambal tu kak amie. Biasa cicah sambal kicap pisang goreng tu

    BalasPadam
  8. Sejak pindah ke Setia Alam ni Zumal tak makan pisang goreng lagi 🤭

    BalasPadam
  9. pisang goreng kalau beli di tepi jalan rasa lain dr goreng sendiri

    BalasPadam