Pages

Isnin, 9 November 2020

Menu Tengahari DSSS 23 - 47

Bertemu lagi dalam sembang DSSS. Amie masih meneruskannya sehingga ke hari ini. Pagi tadi agak kelam kabut sedikit sebab nak keluar tumpang kereta Encik Suami. Amie hendak ke tempat kerja kerana ada urusan yang hendak diselesaikan. Encik Suami pula ada urusan di PPD. Oleh kerana jalan sehala, jadi tumpang-tumpang sahajalah. Selesai mandi di bilik air bawah, Amie naik ke tingkat atas, untuk ambil pakaian di dalam almari. Nak sterikalah dulu sebelum dipakai. Rupanya Fairuz masuk bilik kami, pinjam bilik air. Dikuncinya sekali pintu bilik. Aduhai! Sudahlah masa sangat berharga, walaupun beberapa minit menunggu, di saat-saat begini rasa seperti dua tiga jam! Kebetulan di luar bilik ada rak pakaian dan kebanyakan pakaian di situ tidak dipakai. Amie tarik sehelai blouse yang tidak pernah dipakai sejak dibeli sebab tak muat. Amie suka sangat blouse itu, jadi Amie hanya simpan sahaja dan tidak dermakan kepada sesiapa. Ya Allah! Blouse itu boleh Amie pakai! Syukur Alhamdulillah. Pada awal DSSS dulu, Amie pernah kata Amie hendak turunkan berat badan, dan jika kurus atau susut badan itu dikira bonus!

Jadi, hari ini Amie dapat bonus yang pertama. Timbang? Belum lagi. Sabar dahulu.... ahaks! Belum cukup tempoh.

Wokey! Kali ini Amie kongsikan lagi Menu Tengahari Diet Suku Suku Separuh yang sempat Amie rakam ketika di meja makan. Menu Amie ini tidaklah sampai menyeksa selera sendiri...hiks! Amie makan saja apa yang teringin Amie makan tetapi dalam kuantiti DSSS. Masakan bertumis dan bergoreng tetap Amie ambil. Kalau hari-hari makan sayur celur, ikan rebus sahaja memang tak sampai ke hari inilah Amie amalkan DSSS...kah! Yang penting suku karbohidrat, suku protein dan separuh fiber. Kalau lauk ayam goreng Amie padankan dengan acar timun atau ulam-ulaman dan sayur dicelur. Kalau sayur bertumis, Amie padankan dengan ikan panggang pula. Pandai-pandailah susun atur lauk supaya tak jemu.

Karbohidrat - nasi
Protein - ikan susu panggang
Fiber - brokoli, lobak merah (celur) & digoreng kilas dengan cendawan, cili hijau goreng & petai + sambal belacan

Karbohidrat - nasi
Protein - ikan tuna panggang
Fiber - kacang manis, taugeh, tauhu dan capsicum merah goreng kilas


Karbohidrat - nasi
Protein - ikan merah goreng & tauhu
Fiber - kacang bendi & lobak merah celur, petai & sambal belacan


Karbohidrat - nasi
Protein - ayam masak kari tanpa santan
Fiber - acar timun, mangga & lobak merah


Karbohidrat - nasi
Protein - ayam masak ungkep
Fiber - acar mangga & epal hijau & tomato ceri, petai & sambal belacan


Karbohidrat - nasi
Protein - ayam masak kurma
Fiber - acar timun , nanas & lobak merah, petai & sambal belacan


Karbohidrat - nasi
Protein - ikan kembung panggang
Fiber - terung panggang, pucuk timun celur, petai & sambal belacan


Karbohidrat - nasi beras basmathi
Protein - ikan mackerel biru panggang
Fiber - kacang buncis goreng kilas dengan cendawan enoki, tomato kampung & ulam kemangi & sambal belacan



Karbohidrat - nasi
Protein - dada ayam panggang
Fiber - brokoli & lobak merah celur goreng jilas dengan cendawan



Karbohidrat - nasi
Protein - ikan kembung panggang
Fiber - baby kailan tumis dengan lobak merah dan tauhu & sambal belacan


Krbohidrat - nasi & sayur kluwih masak lemak cili padi
Protein - ikan merah panggang
Fiber - ulam mini lettuce, lobak merah & timun


Karbohidrat - nasi beras basmathi
Protein - ikan merah panggang
Fiber - kobis bunga celur dan goreng kilas dengan capsicum merah, hijau & cendawan enoki, sambal belacan


Karbohidrat - nasi
Protein - ikan kerapu goreng
Fiber - kacang bendi, lobak merah dan kobis bunga celur, petai & sambal bawang


Karbohidrat - nasi
Protein - ikan kembung masak asam rebus
Fiber - terung bulat masak asam rebus, ulam salad, petai & sambal belacan


Karbohidrat - nasi
Protein - ikan kerisi goreng
Fiber - bayam dan sawi Taiwan celur & sambal cili padi


Karbohidrat - nasi beras basmathi
Protein - ikan susu goreng
Fiber - pucuk timun celur, ulam petai & timun Jepun & sambal mangga


Karbohidrat - nasi
Protein - ikan cencaru goreng
Fiber - pucuk betik celur, terung panggang & sambal bawang


Karbohidrat - nasi
Protein - ayam goreng berempah
Fiber - acar timun, nanas & lobak merah, ulam pucuk selasih


Karbohidrat - nasi
Protein - ikan kerapu kukus
Fiber - sayur remayung goreng kilas dengan cendawan & ulam petai dengan sambal bawang



Karbohidrat - nasi
Protein - ikan putih masak asam pedas
Fiber - peria tumis & tomato & nanas


Karbohidrat - nasi
Protein - ayam masak lemak cili padi
Fiber - brokoli celur, acar mangga dengan tomato ceri, ulam petai & sambal belacan


Karbohidrat - nasi beras basmathi
Protein - dada ayam kukus daun pandan
Fiber - brokoli celur & lobak merah celur


Karbohidrat - nasi beras perang
Protein - ikan putih panggang
Fiber - sawi Taiwan & lobak merah celur, sambal tomato


Karbohidrat - nasi
Protein - ikan kembung masak cuka
Fiber - brokoli celur, ulam petai dan kacang panjang, sambal belacan

10 ulasan:

  1. Makanan nampak menyelerakan walaupin makanan sihat.

    BalasPadam
  2. Nampak yummy pulak menu2 suku suku separuh kak Amie :)

    BalasPadam
  3. banyak juga menu sihat yang sedap2 kan amie :)

    BalasPadam
  4. kebanyakkan ada petai ni, tatau nak plh mana satu.. nak smua yg ada petai la hahaha

    BalasPadam
  5. sedapnya tengok semua menu akak tu, ulam dan petai wajib ada ye kak...

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah..yeay! Tahniah kak amie dah berjaya menyarung baju favourite semula. Betul tu, kalau makan makanan rebus je memang susah nak bertahan lama. Lainlah kalau jiwa kental betul. Saya suka semua ni kak amie. sayur lebih sebab saya penggemar sayur. tapi petai tu saya tolak tepi sebab tak makan petai mentah.

    BalasPadam
  7. Wah bagusnya muat baju lama balik! Kira memang berkesan la diet DSSS ni!

    Tengok menu semua nampak best, warna warni dan berkhasiat!

    BalasPadam