Pages

Ahad, 8 November 2020

Sembang Dari Dapur Bersama Anak-Anak

Jumpa lagi. Masih meneruskan perintah kawalan pergerakan yang semakin belum nampak penghujungnya. Ada hikmahnya di sebalik semua yang sedang berlaku. Anak-anak yang berjauhan dan sering dirindui kini berada di depan mata. Walaupun sudah besar panjang, namun kenakalan dan sifat keanak-anakan masih jelas dilihat berdasarkan tingkahlaku sehari-hari. Kami senyum-senyum sahaja menyaksikan gelagat anak-anak. Boleh dikatakan setiap malam, anak-anak akan bertanya: Mommy, esok pagi buat sarapan apa? Selesai sarapan, ditanya lagi: Tengahari nanti Mommy masak lauk apa? Menjelang petang disapa lagi: Mommy tak masak apa-apa ke? Masing-masing sibuk. Mommy pun ada kerja online. Abang Farid pula ada kelas online bersama pelajar asasinya yang terdiri dari pelajar di dalam dan luar negara selain menyiapkan proposalnya. Fuad pula, kuliahnya sentiasa berpanjangan. Fairuz, masih sibuk dengan tugasan yang diberi oleh guru-gurunya. Firdaus pula, setiap hari menerima kerja rumah dari guru-guru mata pelajarannya, dan kitalah yang menjadi segala guru kepadanya, dari guru Matematik, Sains sehinggalah ke guru Pendidikan Muzik dan Bahasa Arab! Jadinya, masing-masing ada sudut yang tersendiri untuk beraktiviti. Fuad di dalam biliknya dengan kuliah online. Fairuz pun di dalam biliknya juga dengan PDPR bersama gurunya. Abang Farid terpaksa membawa diri di ruang tamu untuk melaksanakan tugas-tugasnya. Amie pula berada di ruangan bacaan untuk melaksanakan kerja-kerja online. Firdaus, tempatnya merata. Sekejap di ruang tamu, sekejap di ruang bacaan.

Buat masa ini, Amie hanya mampu merakam gambar di dapur untuk kenang-kenangan di masa akan datang. Tempat pertemuan wajib sudah tentulah di dapur kerana di situlah seisi keluarga akan berkumpul, bersarapan, makan tengahari dan minum petang.

Beberapa hari lepas Amie masak Nasi Arab Kabsah. Amie sengaja masak nasi lebih, dan boleh dijadikan sebagai makan malam pula. Ayam Kabsah Panggang memang habis licin. Amie panggang udang pula. Jadilah Nasi Arab Kabsah Udang seperti di bawah ini.

Nasi Arab Kabsah Udang



Si raja ikan sudah banyak kali bertanya, bila Mommy nak masak ikan cuka? Amie lkata, adiklah masak sendiri. Boleh, katanya. Masalahnya apabila hendak masak, ada bahan yang tidak ada di dapur, iaitu cuka! Tengahari tadi, waktu rehatnya dari pukul 12:30 hingga ke pukul 2 petang, digunakannya untuk masak ikan di dapur. Sebelum itu Amie sudah sediakan semua bahan yang diperlukan. Sampai saja di dapur, raja ikan ini pun terus berkata: Semua ikan empat ekor ini saya punya ya! Jangan siapa-siapa berani ambil! Saya nak makan lagi petang nanti lepas kuliah.
Fairuz hanya tertawa sahaja sebab dia sudah ada lauk lain. Anak-anak ini, memang suka masak ikut selera masing-masing. Selalunya, mereka akan masak sendiri kalau kurang berkenan dengan lauk yang dihidangkan. Abang Farid memang tak minat ikan. Fuad, si raja ikan nampak berselera sungguh makan nasi dengan Ikan Masak Cuka hasil air tangannya. Memang masakan ini sangat digemarinya!

Ikan Kembung Masak Cuka


Ada satu hari, tak ingat hari apa. Amie ringankan tangan membuat tauhu begedil. Inti kentang dengan udang segar. Sebelum ini kalau nak makan, beli saja Kali ini cuba buat sendiri. Selesai goreng, dan bubuh sambal kicap, Amie letak di atas meja dan tutup dengan tudung saji. Kemudian Amie sambung kerja. Tidak lama kemudian terdengar Fuad dan Fairuz berteriak dari dapur!
Apa jadi?
Rupanya semua inti tauhu sudah hilang!
Siapa punya kerja?
Firdauslah.... siapa lagi?
Firdaus korek semua inti tauhu begedil dan meninggalkan kelongsong tauhu di atas pinggan! Bila kami tanya, kenapa adik buat begitu?
Jawabnya: Isi tauhu sedap, tapi kulitnya Daus tak suka!

Tauhu Begedil

Kalau ada lebihan nasi, Amie akan goreng. Kali ini Amie goreng dengan perencah tom yam pula. Firdaus pun suka makan pedas. Jadi tidak ada masalah baginya untuk menikmati Nasi Goreng Tom Yam.

Nasi Goreng Tom Yam


Sesekali anak-anak teringin makan fish & chips. Seronok tengok anak-anak makan rebut-rebut. Huurrmmm... memang nampak betul sifat keanak-anakan mereka! 

Fish & Chips



Firdaus selalu bertanya, kenapa Mommy selalu letak macam-macam makanan dalam pinggan makan Mommy? Rupanya bujang kenit ini selalu perhatikan menu DSSS yang Amie letakkan di atas meja makan. Bolehkah Mommy buatkan juga untuk Daus?
Boleh sayang!
Jadi, Amie pun hidangkan untuknya makanan seolah-olah menu DSSS. Apabila makan, dia hanya pilih makanan kegemarannya sahaja. Misalnya, ada telur, roti wholemeal panggang dan buah-buahan, dia akan tinggalkan roti wholemeal panggang dan makan yang lain! Beberapa kali jugalah Amie sediakan hidangan ala-ala DSSS untuk Firdaus.

Telur hancur, roti wholemeal panggang, buah pear, epal ceri dan persimmon. 

Roti chapati sarang telur sebiji.


Roti aneka jem, hashbrown, putih telur goreng, buah kiwi, blueberry dan delima. 


Fairuz dan Firdaus serta Abang Farid suka makan salad berbanding sayuran lain yang dimasak. Jadi, boleh bubuh banyak-banyak pelbagai daun salad dalam hidangan.

Hashbrown, telur dadar dengan buah zaitun, coral red & green, blueberry & epal ceri. 


Pagi tadi bersama Encik suami keluar beli barang dapur.  Fairuz banyak kali ingatkan supaya kami belikan sushi untuknya. Inilah antara sushi yang dinantikannya. Firdaus pun suka makan sushi. Begitu juga Abang Farid dan Fuad.

Sushi.

Takoyaki 3 rasa.


Minum petang dengan samosa dan popia.

Encik Suami masih suka makan sup untuk sarapan pagi. Sebelum ini, sewaktu sakit setiap pagi nak sarapan sup, tapi minggu ini hanya beberapa kali sahaja Encik Suami minta buatkan sup.

Sup spiral, tambah sayur sawi Taiwan, taugeh, tauhu dan capsicum merah. Amie tambahkan sebiji telur.


Sup suhun dengan dada ayam, sayur brokoli, sawi Taiwan dan capsicum merah. 

Sup suhun dengan sayur sawi Taiwan, sayur brokoli dan isi ikan tenggiri.


Sup penne dengan sayur sawi Taiwan, brokoli dan isi ikan tenggiri.


Kadang-kadang masuk dapur, ada makanan terhidang di meja. Kita tangkap gambar saja. Abang Farid suka sangat beli online. Boleh dikatakan setiap hari akan datang runner di hadapan pagar bunyikan hon motosikal! Abang Farid beli nasi kerabu. Beli nasi kukus. Beli bakso. Beli KFC. Beli air dan macam-macam lagi. Kalau perutnya rasa lapar dan dia nampak Amie sibuk, diam-diam dia akan pesan makanan dari luar.

Kek layer pandan. Beli dari mana ... tiba-tiba ada di dapur!


Kek layer topping kacang... entah kacang apa. Kacang tanah kot. Firdaus makan berkeping-keping. Kita tak makan, tak tahu apa rasanya.

Brownies. Tak tahu siapa habiskan. Bila masuk dapur waktu petang, hanya tinggal piring saja.


Mini cream puff perasa vanilla dan keladi.


Tuna sandwich.


Kuih cempiang. Mak aaiii... besarnya saiz!


Fruit tart kegemaran Firdaus.

Popcorn yang masih panas baru keluar dari ketuhar!

Rempeyek ikan bilis.


Amie beli 3 bungkus rempeyek ikan bilis. Amie tak mahu yang ada kacangnya. Nampaknya, Fairuz sudah bawa lari sebungkus! Dan sebungkus lagi turut hilang. Tinggallah sebungkus dalam gambar di atas!
Sekian.
Sembang Dari Dapur Bersama Anak-Anak kesayangan kami!

11 ulasan:

  1. memang seronok bersembang dengan anak-anak, kalau ada permintaan untuk masak itu ini tak sampai hati nak tolak, lebih-lebih lagi bila terkurung time pkpb ni

    BalasPadam
  2. pelbagai menu menyelerakan semuanya

    BalasPadam
  3. Ok, sy tergelak bab kulit bergedil tu, hahahha

    BalasPadam
  4. Sibuk masing masing dengan rutin harian di tempat biasa. Si kecil daus memang merata perginya. hihi..Selera berbeza. Ada raja ayam dan raja ikan. Pandai Fuad masak lauk ikan cuka tu..kadang memang selera cepat berubah. saya pun ada masa order je senang.

    ya ampunnn fuaddd, habis dikerjakan isi tauhu begedil. Nak juga dia platting macam mommy ye.Lama tak makan sushi dan takoyaki tu.

    Macam biasa hidangan sup akak memang terbaik. pelbagai! Tak jemu makan setiap hari

    BalasPadam
  5. sedap2 nya...pandai anak2 Amie masak..bagus begitu..

    BalasPadam
  6. rajin nya masuk dpt buat semua ni :( aduhhh .. ni rasa nak belajar masak ni

    BalasPadam
  7. Nasib sushi dah sempat singgah makan sebelum PKPB, kalau tak jenuh jadi mengidam nak cari.
    Cantik selera hidangan Kak semua nya. Nasib Tukang Kebun baru lepas makan.
    Kalau tak kena food hunting lepas ni.

    BalasPadam
  8. Zumal bagi 5 bintang untuk semua presentation menu tu 👍👍👍

    BalasPadam
  9. Sedap semuanya. Boleh Minta resepi ikan kembung masak cuka.macam senang jak'.

    BalasPadam
  10. Lisa boleh klik sini:
    https://salamisimon1.blogspot.com/2016/11/ikan-masak-cuka.html

    BalasPadam