Pages

Sabtu, 17 Oktober 2020

Nasi Goreng Durian Merah dengan Ikan Masin

Selamat pagi semua. Jom sarapan Nasi Goreng Durian Merah dengan Ikan Masin. Kelmarin tak berapa laku masak nasi sebab anak-anak tak minat lauk ikan. Jadi lebihan nasi kita simpan untuk digoreng buat sarapan pagi ini. Bangun pagi, nak goreng nasi, telur sebiji pun tak ada! Petang kelmarin macam ada 4 atau 5 biji telur lagi!Rupanya bujang-bujang bertiga yang cerewet tak mahu makan ikan gunakan kesemua telur yang tinggal dalam sarang! Malam tadi mereka berpesta di dapur. Ada bekas roti telur, ada bekas bungkusan maggi. 

Kita cari bahan lain selain telur untuk masak nasi goreng. Masih ada sambal durian merah, dan kepingan isi ikan putih. Tambahkan lobak merah dan kacang panjang. Jom kita masak.


Bahan-bahan:
4 cawan nasi putih sejuk
4 batang kacang panjang - hiris kecil
1/2 batang lobak - potong dadu kecil
1 keping isi ikan putih (5 cm X 5 cm ) goreng - tumbuk kasar
4 sudu besar sambal durian merah
3 ulas bawang putih - cincang
1 labu bawang besar - cincang
4 sudu besar minyak bekas gorengan ikan masin
garam / perasa pilihan

Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih cincang hingga kuning keemasan.
2. Masukkan sambal durian merah dan lobak merah. Kacar rata, dan biarkan seketika sehingga lobak merah empuk.
3. Masukkan nasi putih dan gaul sebati.
4. Kemudian masukkan kacang panjang dan garam / perasa pilihan.
5. Gaul beberapa kali dan padamkan api dapur.

Durian merah.

Sambal durian merah.

 Boleh klik di sini untuk mengeahui lebih lanjut tentang sambal durian merah : Sambal Tempoyak Durian Merah dan di sini : Durian Merah.

18 ulasan:

  1. baru first time tgk, durian isi merah.. aduh... mmg kena byk membaca ni...
    thank you sharing resepi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Atie,
      macam-macam jenis durian ada, warna oren, warna merah, warna putih, warna kuning.

      Padam
  2. macam manalah rasanya, menu yang rare ni. teringin pula nak cuba :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syaz,
      durian merah ni tak ada bau dan tidak manis macam durian biasa, tapi berlemak.

      Padam
  3. musim durian merah kah sekarang kak? mesti tak di kesah pasal durian sekarang nie, lebih kesahkan covid.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasa Mulia,
      habis dah kot musimnya, sambal durian ni saya frozenkan, hasil borong di Telupid dulu.

      Padam
  4. Tak pernah makan durian merah dan tak pernah makan sambal durian 😅. Apa rasanya tu?

    BalasPadam
  5. Nadiah,
    rasa tawar tapi lemak, tak ada bau dan tidak manis.

    BalasPadam
  6. Rare nye masakan kak amie.. slalu kalau makan nasi dengan durian mmg sedap pn.. tak sangka ada durian boleh masuk masa buat nasi goreng.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nur Asyiqin,
      durian merah berbeza dgn durian biasa, istimewanya sebab tidak ada bau, tawar tapi warna cantik.

      Padam
  7. uniknya! pertama kali dengar nasi goreng dengan durian. teringin nak cuba!

    BalasPadam
  8. Teringin betul makan durian merah. Durian merah buat sambal lagi mengancam warna dia berbanding durian kuning biasa tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Azhafizah,
      kan... Nasi goreng pun nampak lebih menarik.

      Padam
  9. sedapnya nampaknya nasi goreng ni, tak pernah lagi makan durian warna merah isinya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ajumohit,
      Durian merah ni tak byk mcm durian biasa, tapi ikut berbuah sewaktu dgn durian biasa.

      Padam
  10. Murah kah durian merah di sana Kak?
    Kalau kat Tuaran ni bila ada mahal juga harganya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tukang Kebun,
      Durian merah ni kakak beli di Telupid dlm perjlnan pulang dari Tenom bulan Ogos lepas. Kakak buat sambal frozen.

      Padam