31 Ogos 2020, 9 orang penumpang bersama 2 orang juru pandu tiba di jeti Pulau Timbun Mata. Cuaca pada hari tersebut sedang eloknya, tiada tanda-tanda akan mendung atau hujan. Langit biru. Awan cerah. Warna lautan sekejap biru sekejap hijau zamrud. Cantik!
Teman-teman kibarkan Jalur Gemilang di puncak yang dijejaki. |
Buai laju-laju! |
Allahu Akbar! Syukurlah tak tersangkut di ranting pokok! |
Sebahagian dari tanah Pulau Timbun Mata. Nun di sana, jeti tempat kami akan berlabuh. |
Inilah puncak yang akan didaki sebentar lagi. |
Pendakian akan bermula dari hujung jambatan, di kawasan berbatu-batu. |
Inilah kawasan rumah kampung yang berpenghuni di pulau ini. |
Rumah Bajau Laut atau Palauh |
Selamat datang ke Pulau Timbun Mata. |
Bersama dua orang juru pandu kami. |
Setelah daftar masuk di rumah ketua kampung dan bayar yuran, kawan-kawan pun terus daki bukit. |
Kita pun mula merakam mana-mana pemandangan yang berkenan di hati. |
Rakam gambar dari anjung rumah ketua kampung. |
Anak muda ini hendak ke mana? |
Oh! Menuju sangkar ikan rupanya! |
Sedang asyik merakan gambar, tiba-tiba terdengar seseorang berteriak dari jauh:
Cepat!
Kalau tidak, tinggal!
Amie jadi bingung! Kawan-kawan masih di atas bukit. Ketika sedang terfikir-fikir dan tercengang-cengang, terdengar lagi teriakan:
Nanti jalan sendiri, masuk air!
Teman-temanku di bawah pokok besar di puncak bukit, dan belum bergerak turun. |
Rupanya air mula cetek, dan bot tidak dapat bertahan di jeti. Jadi terpaksa ditolak ke kawasan berair. Mummy dan Daddy Kavvy berada di dalam bot, dan mereka tidak menjejak ke pulau. Amie segera menerpa ke hujung jeti tapi sudah terlambat!
Teriak juru pandu:
Mari sini!
Amie kata : Macamana nak ke sana?
Jawabnya: Turun, masuk air.
Amie tanya lagi: Dalam tak air?
Jawabnya lagi : Dalam 2 kaki setengah begitu.
Amie terus bertanya : Kena buka kasut atau pakai kasut?
Jawab Dady Kavvy : Kalau kamu rasa kasut kamu mahal, bukalah.
Uwaaaaaa......!!!!!!!
Bagaimana dengan kawan-kawan yang sedang mengibarkan Jalur Gemilang di puncak bukit itu?
Indahnya pemandangan
BalasPadamAlamak.. camtu kena pakai selipar. ...
BalasPadamsayang kasut ..hihii
BalasPadamKalau saya mesti buka kasut....
BalasPadamkalau saya mesti dah gelabah dah bila kena laung macam tu huhuh
BalasPadamsejak baca blog travel ni kan , klu nak p sana.. nak kena bwk baju bwk2 utk photoshoot ni
BalasPadamCantiknya tempat ni. Teringin nak pergi
BalasPadambestnya tempat tuuu...
BalasPadameh bila kena laung macam tu mesti macam panik juga kan? kalau cik tk, buka ja kasut. kalau pakai selipar, redah jaaaa
MashaAllah cantik betul view atas tu. Nak naik bukit naik buai laju laju sambil nyanyi. :)
BalasPadamBerbaloi panjat bukit ni.
Cepat tuhur nya sampai tak perasan. Kesian yang mendaki nanti turun penat kaki kena harung Lumpur pula. Nasib ada orang dekat bot boleh tolak lagi botnya sebelum tiada air.
BalasPadam