Pages

Ahad, 28 Jun 2020

Jalan-Jalan Cari Makan di Pasar Tani Lahad Datu

Selamat berhujung minggu buat semua pengunjung setia Amie's Little Kitchen.
Hujung minggu bukan bererti maa untuk berehat!
Hari begini, semua benda sedang berlonggok untuk dikemas.... ahaks!
Ya! Bukan hari untuk bermalas-malas dan melingkar atas katil sehingga terbit matahari!
Inilah hari paling sibuk ketika berada di rumah. Segala-galanya yang berkaitan dengan rumah dari bilik tidur, ruang tamu, dapur dan halaman rumah perlu dibersihkan. Huurrmmm... cerita tentang rumah dan mengemas, memang tak akan berakhir!
Jom kita ke pasar tani.
Hari ini cuti masak di dapur. Kita cari sarapan di luar.
Rindu nak makan kuih-muih tradisi di LD. Kelmarin puas seharian memburu makanan tradisi masyarakat Bajau di Semporna. Hari ini kita bawa pulang kuih-muih dan makanan tradisional masyarakat Bugis hasil memburu di pasar tani.

Kuih-kuih talam yang dibeli setakat tiga keping pelbagai jenis seperti talam labu, talam ubi dan talam gula merah. Kuih-kuih lain yang dibeli merupakan kuih kegemaran Amie iaitu barongko, sanggar janda, kuih awuk-awuk, nagasari dan barobbo.

Tiap kali bulan puasa memang selalu beli barongko. Puasa lepas tak ada bazar Ramadhan. Hari ini baru jumpa barongko di pasar tani.

 Kuih sanggar janda juga salah satu kuih kegemaran!

 Kuih awuk-awuk.

 Barobbo, lengkap dengan sambalnya yang maha pedas, dan limau kasturi.

 Dan tidak lupa, beli buras dan juga tumbu'.

 Siap dengan lauk-pauknya.

 Yang di bahagian hadapan, yang tegak-tegak itu dipanggil tumbu'.

 Yang dalam keadaan rebah itu dipanggil buras. Diperbuat daripada beras pulut.

 Ini buras daripada beras.

Sudah ada buras dan tumbu' kenalah ada lauk-pauknya seperti ayam palekko', serunding kelapa, dan sambal ikan bilis.

Sambal ikan bilis dengan serunding kelapa (gambar atas dan bawah) paling disukai Fairuz. Habis licin disantap dengan buras!


Beli 5 bungkus nasi kerabu untuk makan tengahari kami.
Harapnya bila tak pegang periuk kuali hari ini, dapatlah kemas rumah dan sebelah petangnya bolehlah berehat.

5 ulasan:

  1. wah, semua makanan tak familiar. Nagasari pernah juga dengar tapi belum pernah rasa lagi

    BalasPadam
  2. kebanyakannya tak pernah jumpa lagi

    BalasPadam
  3. Banyak nama2 kuih yg asing pada saya, tapi nampak sedap2 tu.

    BalasPadam
  4. kira buras dan tumbu' tu macam ketupat dan pulut kah?

    Banyak yang tak familiar, kalau ada peluang nanti nk try

    BalasPadam
  5. nama makanan yg rare didengar tapi tengok rupa, semua jenis makanan yang akan saya suka. semua nampak sedap2

    BalasPadam