Pages

Selasa, 30 Jun 2020

Jeruk Mangga Epal

Jumpa lagi.
Menyempatkan diri jenguk dapur maya sebelum beradu.
Sekadar cerita tentang mangga epal 7 kg di dapur.
Ada yang masak dan kebanyakannya dalam keadaan mengkal.
Sedapnya kalau dibuat jeruk!

 Kita suka sangat jeruk mangga epal, sebab mangga jenis ini tidaklah masam.

 Jom mulakan operasi mengupas buah mangga.

 Lebih kurang 5 kg mangga epal mengkal sudah dikupas.

 Kemudian hiris ikut saiz yang disukai.

Jika sukakan mangga jeruk yang rangup, bolehlah rendam dengan air kapur lebih kurang satu jam.

Kemudian bilas beberapa kali hingga bersih. Toskan. Amie gunakan asam boi, gula, hirisan cili padi dan juga serbuk asam untuk digaul bersama mangga epal.


Oleh kerana hari sudah jauh malam, jadi setelah digaul Amie masukkan ke dalam tiga buah bekas untuk disimpan di dalam peti sejuk. Jadi, kalau Fairuz ingin bawa ke sekolah, atau Encik Suami ingin bawa ke tempat kerja, boleh ambil satu bekas. Jeruk mangga ini memang sedap kalau dimakan beramai-ramai!
Rupanya Fairuz tak mahu bawa mangga jeruk yang Amie buat. Dia sudah sepakat dengan kawan-kawan untuk makan bersama. Esok paginya, bangun tidur terus ke dapur, dan terpandang kulit mangga epal di dalam tong sampah. Fairuz kupas sendiri lebihan mangga sebelum tidur, dan minta kawannya bawa kicap lada!
Balik sekolah, katanya kawan-kawan perempuan pula yang ikut makan!
Adeeehhhhh! Lucu juga bila kenangkan pelajar lelaki bawa mangga ke sekolah!


Untuk lebih sedap, boleh tambahkan kus limau kasturi dalam mangga jeruk!
(Gambar dari entri lama).

5 ulasan:

  1. sedapnya..saya pun suka makan jeruk mangga..

    BalasPadam
  2. sedapnya kak oi, kecur liur menengoknya....
    dah lama tak buat... kalau buat makan dengan kawan opis memang syok...

    oh fairuz nak makan dengan colek ye dengan kawan di sekolah... memang lagi seronok

    BalasPadam
  3. Terus rasa meleleh air liur nih.

    BalasPadam
  4. Kat melaka mangga epal ni di buat pajeri semasa kenduri kahwin anak saudara. Orang yang makan pelek ingatkan kentang apasal ada biji. Tapi sedap. cubalah.

    BalasPadam