Pages

Jumaat, 29 Mei 2020

Ikan Siakap Goreng Sos Cili Thai & The Gang

Jumpa lagi.
Kali ini ada Ikan Siakap Goreng Sos Cili Thai dari dapur Amie.
Masakannya sangat mudah, goreng dan tuang sos. Itu sahaja. Kalau suka boleh bubuh aksesori mengikut pilihan masing-masing. Oleh kerana anak-anak suka lauk begini, jadi Amie buat paparan juga. Memang nampak mudah, tapi kadang-kadang anak-anak terkial-kial juga memikirkan bagaimana cara penyediaannya. Kadang-kadang tertawa sendiri bila mengenang Abang Farid menelefon, bertanya bagaimana cara masak ikan sardin dalam tin. Bila sudah siap masak, katanya rasanya tak sama dengan yang Mommy masak. Mommy masak sedap, saya masak tak sedap.... ahaks!
Kena rajin belajar masak ye bang.

Ikan  Siakap Goreng Sos Cili Thai & The Gang
Amie gunakan sos cili Thai Maepranom cap ayam yang biasa digunakan sebagai pencecah keropok atau makanan lain. Rasanya dah sempurna, dah tak perlu nak tambah apa-apa lagi. Kalau nak tambah pun, bubuhlah hiasan atau bahan sampingan lain. Nak tambah masam boleh perahkan jus limau nipis atau lemon.

Ikan  Siakap Goreng Sos Cili Thai & The Gang
Fuad, setiap kali bercuti memang suka makan ikan. Katanya, rindu nak makan ikan. Fairuz pula lebih menyukai daging ayam. Firdaus memang kerja dia cari telur dadar! Macam-macam selera anak-anak kan?

Ikan  Siakap Goreng Sos Cili Thai & The Gang
Hidangan tengahari kami, Ikan Siakap Goreng Sos Cili Thai, Hinava Udang, Petai Goreng, Terung Goreng dan Sambal Belacan Siam (Thai). 

Ikan  Siakap Goreng Sos Cili Thai & The Gang
Ikan siakap yang Amie olah ini beratnya 600 gram, tapi tak muat goreng seekor dalam kuali. Pandai-pandaikan susun atur kedudukan kepala dan ekor... ahaks! Curah-curahkan saja minyak panas dengan sudip ke kepala dan ekor ikan. Alhamdulillah tak patah sewaktu Amie terbalikkan badan ikan. Untuk masakan begini, ikan siakap kenalah digoreng garing-garing, barulah sedap apabila meratah! Sebelum goreng, lumurkan dahulu dengan sedikit garam dan tepung jagung.

Ikan  Siakap Goreng Sos Cili Thai & The Gang
Wokey!
Ikan siakap goreng sudah nampak garing. Bolehlah angkat dan toskan dan kemudian pindahkan ke dalam pinggan ikan.

Ikan  Siakap Goreng Sos Cili Thai & The Gang
Mari kita carikan aksesori untuk ikan siakap goreng ini. Kita hias dengan:

  1. Hirisan mangga.
  2. Hirisan cili merah / cili padi.
  3. Daun pudina.
  4. Daun ketumbar.
  5. Daun bawang.
  6. Hirisan nanas.
  7. Hirisan bawang besar. 
Dan jangan lupa panaskan 1 cawan Sos Cili Thai Maepranom sehingga mendidih.


Ikan  Siakap Goreng Sos Cili Thai & The Gang
 Ikan siakap goreng garing sudah dihias.

Ikan  Siakap Goreng Sos Cili Thai & The Gang
 Sekarang kita tuangkan Sos Cili Thai Maepranom di atasnya. 

Ikan  Siakap Goreng Sos Cili Thai & The Gang
Jika ada lebihan bahan hiasan, bolehlah taburkan lagi di atasnya.
Senang sangatkan nak sediakan Ikan Siakap Goreng Sos Cili Thai? Ini resipi Amie... hiks! Sekadar perkongsian untuk rujukan anak-anak yang suka sangat makan ikan goreng sos cili Thai.

Ikan  Siakap Goreng Sos Cili Thai & The Gang
Ikan Siakap Goreng Sos Cili Thai Maepranom sudah sedia untuk dinikmati.
Teman-teman ikan siakap goreng kali ini, termasuklah Hinava Udang.

Ikan  Siakap Goreng Sos Cili Thai & The Gang
 Hinava Udang, sejenis hidangan tradisional masyarakat Kadazan Dusun.

Ikan  Siakap Goreng Sos Cili Thai & The Gang
 Ada petai goreng.

Ikan  Siakap Goreng Sos Cili Thai & The Gang
 Ada terung goreng.

Ikan  Siakap Goreng Sos Cili Thai & The Gang
 Dan tidak ketinggalan Sambal Belacan Siam (Thai).

Ikan  Siakap Goreng Sos Cili Thai & The Gang
Jemput makan.

Ikan  Siakap Goreng Sos Cili Thai & The Gang
Tukang buat air sudah sediakan satu jug jus nanas campur lemon.
Sekian.
Jumpa lagi.

4 ulasan:

  1. Alahaiii...kecur dibuatnya..siakap tu bkn main besar jgk ya..

    BalasPadam
  2. Kamsiah,
    Ingatkan kuali tu dah cukup besar untuk goreng seekor ikan. Mungkin saiz ikan tu yg panjang kot.

    BalasPadam