Assalamualaikum.
Bertemu lagi di malam 21 Ramadhan.
Kalau malam 15 Ramadhan, keluarga Encik Suami sambut malam ketupat, pada malam 21 Ramadhan pula mereka meraikan malam pasung pula. Sepert juga pada malam ketupat, pada malam pasung masyarakat Melayu Cocos akan membawa kuih pasung ke masjid, dan selepas solat terawih mereka akan membahagikan kuih pasung sesama mereka. Siang tadi Encik Suami minta Amie buat kuih pasung, tetapi disebabkan kekurangan peralatan, tak dapatlah Amie tunaikan permintaannya. Keluarga sebelah suami ada yang buat ada yang tidak. Memandangkan masih lagi menjalani PKP, tak dapatlah mereka menghantar kuih pasung ke rumah kami. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang malam pasung dan juga kuih pasung, bolehlah klik di sini: Kuih Pasung
Mommy, bolehkah kita buat pegedil? Dah lama Daus tak makan pegedil. Daus rindu nak makan pegedil. Daus suka makan pegedil.
Allahu Akbar!
Sambil berkata-kata itu, airmatanya mengalir pula.
Amie terus peluk, sambil berkata:
Okeylah sayang. Esok kita buat pegedil ya.
Dalam hati berkata :Alang-alang buat pegedil, eloklah buat soto sekali untuk buka puasa.
Abadikan gambar kenangan di sini : Firdaus sedang melenyek kentang goreng.
Seperti biasa, Firdaus akan gunakan sudu sukatan untuk membentuk pegedil kentang yang kecil comel.
Amie biarkan dia menyiapkan pegedil kentang. Sementara itu Amie siapkan kuah soto dan bahan-bahan lain.
Bahan-bahan untuk pegedil kentang:
1 kg kentang - kupas dan potong baji menjadi 8
3 tangkai daun sup - hiris
1/2 cawan bawang merah goreng
1/2 sudu kecil lada putih - tumbuk
garam / perasa pilihan
1 biji telur
minyak
Cara:
1. Goreng kentang hingga masak dan toskan minyaknya.
2. Lenyek kentang hingga hancur.
4. Gaul kentang lenyek bersama daun sup, lada putih, dan garam / perasa pilihan.
5. Bulat-bulatkan adunan kentang dan leperkan ditepinya sedikit - Firdaus gunakan sudu sukatan
6. Pukul telur dan celup pergedil tadi ke dalam telur sebelum menggorengnya.
7. Gorenglah hingga masak atau berwarna kuning keemasan.
8. Angkat dan toskan.
Pegedil kentang sudah siap digoreng!
Bahan -bahan:
1 kg dada ayam - belah 2
1/2 kg kaki ayam - bersihkan dan potong 2
Bahan tumisan untuk kuah soto:
1 sudu besar lada putih - tumbuk
3 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
garam /perasa pilihan
3 liter air
4 sudu besar minyak untuk menumis
Bahan kisar:
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
10 biji bawang merah
5 cm bonggol pokok sup
5 cm halia
5 biji buah keras
2 sudu besar rempah sup BABAS
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar sehingga naik bau.
2. Masukkan semua rempah seperti kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, dan buah pelaga kecuali lada putih tumbuk.
3. Masukkan ayam dan kaki ayam dan balik-balikkan hingga layu.
4. Tambahkan air secukupnya dan biarkan mendidih.
5. Masukkan lada putih, garam dan perasa pilihan. Tutup periuk dan perlahankan api.
6. Apabila dada ayam telah masak, angkat dan toskan.
7. Biarkan kaki ayam terus direnih dengan api paling perlahan dan masak hingga empuk.
8. Goreng dada ayam hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan minyaknya.
9. Carik-carik isi ayam dan masukkan tulang ayam tadi ke dalam kuah yang sedang direnih.
Bahan pelengkap soto ayam:
ayam goreng yang disiat-siat
nasi himpit
pegedil kentang
suhun goreng
kacang tanah goreng
taugeh
bawang goreng
hirisan daun sup
limau kasturi
sambal kicap
Suhun goreng.
Nasi himpit.
Ikut pusingan jam. Bawang goreng, kacang tanah goreng, limau kasturi, pegedil kentang, taugeh, hirisan daun sup dan di tengah-tengah itu ayam yang telah direbus dan kemudian digoreng yang disiat.
Jika suka, buatlah taugeh sendiri daripada kacang hijau. Lebih lemak dan tak berekor.
Kacang tanah, walaupun sekadar bahan sampingan tapi kalau orang Jawa masak soto ayam mesti ada dalam hidangan! Kadang-kadang bila makan soto ayam di kedai makan atau restoran, tidak ada pula kacang tanah.... ahaks! Di kampung kami, sebuah warung soto original milik rakan sekelas Amie dari sekolah rendah memang mengekalkan keaslian soto ayam. Setiap kali kami balik kampung, kami akan singgah di warung sotonya di Bukit Cheraka. Boleh berkunjung ke sini: Warung Soto Ori Kanang. Kuah soto di sini nampak bening, tidak gunakan serbuk rempah seperti yang Amie gunakan.
Adeehhh... tiba-tiba rindu nak hirup soto di gerai Kanang!
Belanja gambar soto ayam original yang kami selalu makan di Warung Ori Kanang di sini. Kacang tanah goreng bersembunyi di bawah daging ayam yang disiat.
Sambal cili di Warung Kanang berbeza dari yang Amie sediakan. Seingat Amie, cili padi hijau yang digunakan dimasak terlebih dahulu. Tak apalah, kita gunakan resipi yang Amie buat di bawah ini. Lain kali, ada kesempatan kalau balik kampung Amie nak risik-risik tanya resipi sambal Soto Ori Kanang.
15 biji cili padi
4 sudu besar kicap manis - Habhals (Kicap Cap Kipas Udang)
3 sudu besar kuah soto
4 biji limau kasturi - ambil jusnya
garam / perasa - pilihan - oleh kerana sudah gunakan kicap Habhals yang sudah cukup rasa, tak perlulah bubuh apa-apa perasa lagi
Cara:
1. Tumbuk cili padi bersama bawang putih - jangan terlalu lumat
2. Gaul rata bersama kicap, kuah dan jus limau kasturi.
3. Jika kurang rasa, masukkan garam dan perasa pilihan.
Alhamdulillah
BalasPadamnampak menyelerakan
selamat berbuka puasa
Warisan Petani,
BalasPadamterima kasih Wak, jemput berbuka.
mkn soto ada begedil br sodap...yummmm
BalasPadamRajin firdaus menolong di dapur. Bestnya soto ayam.
BalasPadam