Pages

Selasa, 14 April 2020

Cucur Udang Adunan Air Panas

Dah makan tengahari?
Amie belum mula masak.
Perut masih kenyang makan popia, makan nanas dan minum air kelapa.
Petang sikitlah nanti baru nak makan tengahari.
Sementara itu, nak kongsikan makan kudap-kudapan kami kelmarin, iaitu Cucur Udang Adunan Air Panas.
Resepinya lebih kurang sama dengan adunan cucur ikan bilis di sini: Resepi Mudah Buat Adunan Cucur Ikan Bilis Sedap Gunakan Air Panas
Kalau cucur ikan bilis Amie tambahkan hirisan daun kucai, tapi untuk cucur udang Amie gantikan dengan hirisan daun bawang. Geram tengok pokok bawang yang Firdaus tanam berdaun lebat! Minta sikit dari Firdaus... ahaks! Bukan sedikit dia tanam, ada 30 biji bawang dalam kotak sarang telur ayam sebagai tempat tanamannya.

cucur udang air panas
Amie gunakan udang bemban segar sepeti gambar di bawah ini. Bersihkan udang, tarik urat hitam di belakangnya, potong udang kecil-kecil. Amie biarkan adunan menjadi sejuk seketika, dan kemudian celupkan jari ke dalam minyak .... bukan celup dalam minyak panas di kuali tau! Ambil mangkuk kecil dan tuang sedikit minyak. Haa... celup lima jari tu ke dalam mangkuk berisi minyak tadi, dan kemudian ambil sejemput adunan cucur udang dan masukkan dalam kuali yang berisi minyak panas. Sebelum ini Amie celupkan jari dalam mangkuk berisi air, jadi kali ini guna minyak pula. Tujuannya supaya adunan tak melekat di tangan, dan mudah untuk membentuknya menjadi bulat. Itu pun kalau nak bentuk bulatlah. Kalau nak bentuk macam jemput-jemput biasa, gunakan saja sudu untuk kaut adunan masuk dalam gorengan.

cucur udang air panas
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
2.5 cawan air panas 
1 isi udang cincang
minyak untuk menggoreng tenggelam
garam / perasa pilihan

Bahan hiris / cincang:
1 labu bawang besar
1 biji cili merah
1/2 batang lobak merah
10 batang daun bawang

cucur udang air panas

Cara:
1. Dalam sebuah bekas, masukkan tepung gandum, ikan bilis tumbuk, cili merah, daun kucai, bawang besar, lobak merah dan garam / perasa pilihan.
2. Gaul kesemua bahan dan kemudian buat lubang di tengah-tengah seperti dalam gambar di atas.
3. Tuangkan air panas (menggelegak) di tengah-tengah mangkuk berisi campuran tepung tadi, dan kemudian gaul dengan pantas hingga sebati.
4. Panaskan minyak dalam kuali untuk goreng tenggelam.
5. Celupkan  kelima-lima jari ke dalam minyak masak (dalam mangkuk) dan kemudian ambil sejemput adunan dan masukkan ke dalam kuali. Ulang semula mengikut jumlah cucur yang dikehendaki untuk digoreng.
6. Apabila cucur kelihatan timbul di permukaan, menandakan ia sudah masak. Jika inginkan lebih garing dan warna nampak keemasan, bolehlah biarkan dahulu lebih lama sedikit di dalam kuali gorengan.
7. Angkat dan toskan.

Jika inginkan bentuk cucur udang yang sama rata bentuk bulatnya, bolehlah dibulat-bulatkan dahulu semua adunan sehingga selesai. Kemudian barulah digoreng.

2 ulasan:

  1. cucur udang memanglah sedap kan..dapat pulak udang fresh macam tu..saya suka guna udang yang kecil tu kak Amie..thanks kongsi resepi kak:)

    BalasPadam
  2. Cik Matahariku,
    sama-sama dik... dah namanya udang, memang sedap ye heheee.

    Syafiga,
    ni buang masa sikit membentuk bulat, jemput dari mangkuk adunan masuk kuali, kalau nak cepat memang selalunya leper2 juga hahaaa.

    BalasPadam