Pages

Isnin, 13 April 2020

Resepi Nasi Tomato & The Gang Tang Sangat Sedap!

Jumpa lagi.
Jom main masak-masak lagi.
Kita masak nasi tomato, kita temankan dia dengan ayam masak merah dan acar mentah.

nasi tomato & the gang
Kita terus kepada resepi nasi tomato. Amie kongsikan resepi nasi tomato yang biasa Amie masak untuk rumah terbuka dan juga untuk jamuan di tempat kerja. 

Bahan-bahan:
3 cawan beras basmathi - cuci dan rendam selama 10 minit
3 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar puri tomato
1 cawan  susu cair
2 sudu besar yogurt asli

Bahan A:
2 ulas bawang putih - hiris halus
2 ulas bawang merah -hiris halus
3 cm halia - hiris halus
1 helai daun pandan - siat dan simpul
rempah penumis - bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga & bunga cengkih

Bahan B:
4  1/2 cawan air - ikut sukatan beras (1 cawan = 1  1/2 cawan air)
2 sudu besar  Stok Ayam Pekat Maggi

Cara.
1. Panaskan minyak sapi. Tumis semua bahan A hingga harum dan layu.
2. Masukkan puri tomato, susu cair dan yogurt. 
3. Tambahkan Bahan B dan biarkan mendidih.
4. Masukkan beras. Kacau rata dan tutup periuk.

Jika suka, taburkan kismis ketika nasi mula mengering. Tutup semula periuk. Sewaktu menghidang, boleh taburkan kacang gajus. Masakan kali ini Amie tidak mempunyai simpanan kedua-dua bahan.

nasi tomato & the gang

Resepi : Ayam Masak Merah
Bahan A:
8 keping daging ayam - bahagian sukuan peha
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
minyak

Bahan B : kisar
1 batang serai - ambil isinya yang putih
2 cm lengkuas
15 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
2 cm halia

Bahan C:
2 sudu besar madu 
2 sudu besar puri tomato
garam / perasa pilihan

Cara:
1. Gaulkan daging ayam dengan kunyit dan garam. Goreng hingga masak.
2. Tinggalkan sedikit minyak bekas gorengan ayam tadi dan tumis kesemua Bahan B sehingga pecah minyak.
3. Masukkan kesemua Bahan C. Kacau rata sehingga kuat pekat dan terbit minyak.
4. Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul sebati.
5. Padamkan api dapur.

Jika ada kacang peas, bawang goreng atau daun ketumbar, boleh taburkan di atas masakan ketika menghidang.
Untuk resepi Ayam Masak Merah, Amie tidak bubuh sebarang sos sama ada sos cili atau sos tomato. 

nasi tomato & the gang
Alhamdulillah.
Kami sekeluarga sukakan Ayam Masa Merah tanpa sos cili atau sos tomato. Beginilah cara masakan keluarga Amie di Malaya. Kalau balik kampung, terutamanya hari raya, masakan inilah yang Amie cari. Kadang-kadang kakak Amie masak terasa pedasnya, mungkin sebab gunakan cili kering jenis pedas, tapi tetap sedap!

nasi tomato & the gang
Jemput!
Nasi Tomato & The Gang ini memang sedap sebab cukup lengkap dengan rasa lemak masam puri tomato dalam nasi, rasa manis madu dalam ayam masak merah dan masam manis acar mentah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan