Mengikut Kamus Dewan, sambal maksudnya sejenis lauk yang dibuat daripada lada dan garam. Itu bahan asasnya. Iyolaaaa.... kalau tak ado lado mana nak datang rasa pedas.... ahaks! Dengan kata lain sambal ialah sejenis sos yang diperbuat daripada lada yang dihancurkan kemudian ditambah dengan bahan seperti garam, belacan, cuka, gula dan sebagainya sebagai pelengkap dan penyedap rasa.
Maka, muncullah pelbagai jenis sambal, dengan variasi dan versinya yang tersendiri mengikut selera perekaciptanya! Pernah tak terbaca tentang sambal yang sangat pedas dengan menggunakan Cili Madame Jeannete sehingga disebut sebaai 'sambal setan'! Iisshhh...issshhh ... teringat pulak rawon setan di Surabaya!
Untuk mengisi masa senggang di kala petang ini, Amie kongsikan Sambal Belacan Mangga Muda. Resipi ini biasa-biasa saja, dan semua orang boleh buat. Bahannya pun tak banyak, yang penting ada cili, belacan dan mangga muda.
Sambal Belacan Mangga Muda ini selain ada di dapur sendiri, Amie selalu temui dimajlis kenduri atau rumah terbuka. Memang sungguh berselera makan nasi kalau terjumpa sambal begini. Tak perlulah banyak lauk lain, cukuplah ada ikan goreng dan sayur. Lengkap dah hidangan!
Walaupun bahan yang digunakan sama, tetapi kadang-kadang warna sambal belacan mangga muda ini agak berbeza disebabkan penggunaan belacan yang berbeza. Kalau gunakan belacan Papar misalnya, hasil sambal belacan nampah merah jambu sedikit, dan kalau gunakan belacan Penang, hasil sambal belacan akan berwarna gelap sedikit.
2 biji mangga muda - kupas kulit - cincang
1 biji cili merah - buang biji
1 biji cili merah - hiris
1 labu bawang besar - hiris
11 biji cili padi merah
5 biji bawang merah
20 gram belacan - bakar (tak mahu bakar pun ok)
1 sudu besar jus limau kasturi - nak tambah pun boleh ( kalau mangga muda tak cukup rasa masam)
garam / gula / perasa pilihan
Cara:
1. Kisar / tumbuk cili merah, cili padi, bawang merah, belacan, gula/ garam / perasa pilihan.
2. Masukkan bahan kisar / tumbuk ke dalam mangkuk berisi cincangan mangga muda.
3. Tambahkan hirisan cili merah, bawang besar dan jus limau kasturi.
4. Gaul rata.
5. Jika ada rasa yang kurang lengkap, boleh tambah bahan perasa yang perlu.
Sambal Belacan Mangga Muda dah siap!
Assalamualaikum kak amiieee
BalasPadamLamanyaaa tun tak buka blog.. hehe
TGh PKP ni bosan beno, tergerak hati nk buka blog. Rajin rupanya akk update.. hihi
Tun,
BalasPadamwaalaikumussalam... jom kembali meriahkan dapur maya kita.