Assalamualaikum.
Kali ini Amie nak kongsikan menu Sotong Masak Kicap. Suka sangatlah Fairuz dan Firdaus makan nasi dengan lauk begini. Cerita tentang masakan berkicap ini, teringat betapa lazatnya air tangan Bonda kalau masak ayam kicap atau ikan pari masak kicap! Bonda tak pernah tinggalkan rempah 4 sekawan, dan juga lada putih atau lada hitam dalam masakan kicapnya! Memang terasalah lada putih atau lada hitam yang Bonda bubuh! Itu cerita air tangan Bonda. Sekarang kita lihat resepi Sotong Masak Kicap hasil air tangan Amie di bawah ini.
Bahan-bahan:
500 gram sotong segar - bersihkan dan potong ikut citarasa - toskan
3 biji kentang - kupas kulit dan potong wedges - goreng hingga kuning keemasan - ketepikan
2 sudu besar kicap pekat
1/2 sudu kecil pati asam jawa
1 sudu kecil lada hitam - tumbuk
3 sudu besar minyak
garam / gula / perasa pilihan
Bahan penumis:
3 ulas bawang putih - hiris
1 labu bawang besar - hiris
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan masukkan bahan penumis. Tumis hingga terbit bau dan bawang menjadi layu.
2. Masukkan kentang, pati asam jawa, lada hitam dan kicap pekat.
3. Gaul rata dan masak selama 1 minit sahaja.
4. Masukkan kentang goreng dan taburkan garam, gula / perasa pilihan.
5. Kacau beberapa kali dan padamkan api dapur.
Sotong Masak Kicap ini tidak berkuah banyak, hanya kicap bercampur air yang keluar dari sotong semasa proses memasak. Amie tidak tambah bancuhan air tepung jagung untuk memekatkan kuahnya. Apa pun, rasanya memang sangat sedap. Terima kasih Bonda kerana masakan berkicap yang Bonda olah membuatkan kami makan sampai menjilat jari!
sotong masak kicap tak pernah tak memikat kak, nnti dana nk try la potong pesen macam akak tu, lawo lak kejadiannya...
BalasPadamWater Hack Burns 2lb of Fat OVERNIGHT
BalasPadamOver 160k men and women are using a easy and SECRET "liquid hack" to drop 2lbs each night as they sleep.
It's simple and works every time.
You can do it yourself by following these easy steps:
1) Hold a drinking glass and fill it half full
2) And now learn this weight losing hack
and you'll be 2lbs skinnier as soon as tomorrow!