Pages

Jumaat, 6 Mac 2020

Ikan Mackerel Tin Masak dengan Kacang Panggang

Assalamualaikum.
Jom main masak-masak ikan dalam tin.
Amie pilih ikan mackerel tin kecil untuk dimasak bersama kacang panggang.
Masakan ini sangat sedap dinikmati bersama roti! Makan dengan nasi panas pun tidak kurang enaknya! Dan jangan lupa hidangkan bersama telur dadar! Wallaaaa.....!!!! Nikmati sebagai hidangan tengahari di kala perut sedang lapar minta diisi!
Kalau nak cecah roti, tambah sedap kalau hancurkan ikan mackerel tersebut!

Bahan-bahan:
1 tin kecil ikan mackerel tin
1 tin kecil kacang panggang
1/2 sudu kecil pati asam jawa - bancuh dengan 1/2 cawan air
3 sudu besar minyak
garam / gula / perasa pilihan

Bahan hiris:
2 cm halia
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
3 biji cili hijau

Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan hiris hingga terbit bau.
2. Masukkan ikan mackerel, diikuti dengan bancuhan pati asam jawa.
3. Biarkan masak mendidih, dan kemudian masukkan kacang panggang.
4. Taburkan sedikit garam / gula / perasa pilihan.
5. Kacau beberapa kali dan padamkan api dapur.


 Jika suka pedas, boleh tambahkan cili kering kisar atau cili padi dalam bahan tumis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan