Pages

Selasa, 23 April 2019

Udang Galah Masak Sambal Tomato

Encik Suami tanya : Beli banyak-banyak tomato nak buat apa?
Baru tersedar, tomato terbiar tidak terusik!
Nantilah, kalau rajin boleh buat sambal tomato
Tapi tak terbuat juga!

 Akhirnya jadilah Udang Galah Masak Sambal Tomato!

Bersihkan 500 gram udang galah.

Amie gunakan 4 biji tomato.


Dan 3 biji bawang besar, serta beberapa bahan lain untuk melengkapkan resipi Udang Galah Masak Sambal Tomato. Jom lihat resepinya di bawah ini.

Bahan-bahan:
500 gram udang galah - bersihkan - bilas - toskan
2 sudu besar serbuk cili
1/2 cawan minyak
garam / gula / perasa pilihan
2 cawan air

Bahan hiris:
3 labu bawang besar
4 biji tomato

Bahan kisar:
1 cm halia
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil belacan

 Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan goreng bawang besar sehingga kekuningan.

 2. Kemudian masukkan hirisan tomato.

 3. Gaul rata, dan masak hingga sebati seperti gambar di bawah.

 4. Masukkan serbuk cili, serta bahan kisar.

 5. Tambahkan air, dan biarkan mendidih seketika. Kemudian perlahankan api.

 6. Masak sehingga tomato dan bawang besar hancur.

 7. Apabila sudah terbit minyak, masukkan udang galah.

8. Gaul rata dan biarkan masak di antara 5 hingga 7 minit.
9. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
10. Kacau beberapa kali, dan padamkan api dapur.

 Serbuk cili boleh digantikan dengan cili merah atau cili kering kisar.
Kalau tak mahu gunakan belacan boleh gantikan dengan udang kering kisar. Tak bubuh udang kering dan belacan pun rasa sambal tomato masih ok!

5 ulasan:

  1. esok nak try masak ikut resepi ni. udang dah ada dh

    BalasPadam
  2. Sedapnya... sungguh menyelerakan. Pekena pulak dengan nasi panas2, mau bertambah2 nasinya.

    BalasPadam
  3. uihs sedapnya, udang lak fresh lagi tuh...

    BalasPadam
  4. Assalam Amie...nampak sedap dan menyelerakan.

    BalasPadam
  5. Sara,
    silakan... in shaa Allah sedap!

    Rahimi,
    betul tu.

    Norhidana.
    ye, udang sungai segar.

    Suzana,
    waalaikumussalam... jemput yunk.

    BalasPadam