Pages

Rabu, 24 April 2019

Keluarga Ikan Cermin

Kereta rosak. Masih di bengkel.
Balik agak lewat sebab ada mesyuarat.
Telefon Encik Suami, minta tolong ambil. Katanya, dia dalam perjalanan menuju ke sebuah sekolah. Nak hantar barang. Kalau nak balik cepat, tak bolehlah dia hantar sekarang. Katanya, bolehkah ikut dia hantar barang dahulu?
Okeylah. Ikut sajalah.
Dah selesai hantar barang, dalam perjalanan pulang sempat singgah di gerai orang kampung jual ikan. Kebetulan ikan-ikan baru naik dari laut! Semuanya segar-segar belaka. Dan seperti biasa, tak boleh renung dan tenung ikan lama-lama, nanti orang lain rembat! Jangan nak tawar-menawar, sebab pelanggan tanya harga sekali sahaja dan terus beli! Semua pelanggan tahu, ikan-ikan di sini memang baru naik dari laut!
Cepat-cepatlah pilih ikan yang segar-bugar depan mata!
Lambat sesaat dua, hilang ikan dari pandangan mata!
Memikirkan masih ada lagi ikan dalam simpanan, kami pun beli ikan putih.
Aha! Ikan putih ye!
Kadang-kadang, kami panggil sahaja ikan di bawah ini ikan putih. Asalkan ada bentuk melengkung sedikit di bahagian kepala, badannya agak bulat, baik tebal atau nipis ukuran badannya, hentam sahaja panggil ikan putih. Penjual ikan pun sebut sebagai ikan putih juga. Ikan putih ini banyak keturunannya, tetapi tak tahu apa namanya.
Ikan putih di negeri Sabah lebih dikenali sebagai keluarga ikan cermin kalau di tempat kita (Malaya).  Ada juga yang memanggilnya ikan cupak atau juga ikan demuduk.

Kalau ikan putih tiga sekawan dalam gambar di atas, biasanya kita panggil ikan apa?

Ikan di dalam gambar di atas dan di bawah ini juga dari keluarga ikan cermin. Bentuknya memanjang dan kepalanya kurang melengkung seperti ikan nyok-nyok. Ikan ini juga dipanggil sebagai ikan sagai.

 Tanya penjual ikan, katanya ikan putih...he hehehe!

Walau apa pun nama panggilannya, ikan ini masih memiliki ciri-ciri keluarga ikan cermin dengan badannya yang berkeadaan cembung,  bujur serta mampat, dengan warna perak kelabu. 

Seperti ikan sagai di atas, ikan cermin dalam gambar di atas dan di bawah ini pun ada yang memanggilnya ikan sagai!

Huurrmmm... masih belum lulus ujian mengenali nama-nama ikan. Kena banyak belajar lagi nih! Kalau anda tahu nama ikan-ikan ini, tolong kongsi ye. Terima kasih.

4 ulasan:

  1. tak boleh bezakan, semua saya panggil ikan putih..

    BalasPadam
  2. dana ikan ni tak berapa kenal sgt... tp mcm kt sini ikan cermin jenis leper lagi dr spt gambar akak tu...

    BalasPadam
  3. Nasa,
    kan... susah nak bezakan, panggil ikan putih saja.

    Warisan Petani,
    betul tu, manis isinya.

    Norhidana,
    ikan cermin banyak jenis, namanya pun pelbagai,kiranya ikan-ikan ini juga keluarga ikan cermin.

    BalasPadam