Kongsi resepi serunding ikan lagi.
Kali ini Amie gunakan ikan tenggiri pula. Amie lebihkan ikan berbanding kelapa parut. Hanya 1 biji kelapa parut digunakan. Boleh lihat resepi serunding ikan sebelum ini di sini : SERUNDING IKAN dan di sini : SERUNDING IKAN VERSI COCOS.
Amie tidak sempat ambil gambar semasa proses penyediaannya, jadi bolehlah rujuk dalam entri yang lepas seperti di atas. Maklumlah ketika itu kami sedang sibuk, kehilangan untuk selama-lamanya kakak ipar kesayangan kami (24 Februaru 2019) yang menjaga Firdaus dari kecil.
2 kg ikan tenggiri - rebus hingga masak - sejukkan - buang kulit dan tulang - tumbuk halus
1 biji kelapa parut - jika suka tumbuk sedikit supaya tidak kasar
7 sudu besar Serbuk Kari Ikan 888
5 sudu besar serbuk ketumbar - sangai - kisar
2 sudu besar jintan manis - sangai - kisar
1 sudu besar serbuk kunyit
5 biji limau nipis - perah jusnya
10 bawang putih - kisar / tumbuk
15 biji bawang merah - kisar / tumbuk
7 sudu besar cili kering kisar
2 cawan minyak
2 ketul gula melaka - parut ( nak bubuh berapa banyak - ikut citarasa)
garam / perasa pilihan secukupnya
Jangan lupa jus limau nipis. Kalau tidak ada, gunakan asam jawa pun boleh.
Bahan-bahan lain di atas (gambar) Amie ambil dari entri lama.
Cara:
1. Tumbuk isi ikan bersama bawang putih dan bawang merah. Ketepikan.
2. Tumbuk kelapa parut - jangan sampai lumat / hancur. Ketepikan.
3. Ambil sebuah bekas dan masukkan kelapa serta isi ikan tadi.
4. Masukkan serbuk kari, rempah ketumbar, serbuk kunyit, cili kisar, garam / perasa pilihan dan jus limau nipis. Parut gula melaka supaya mudah larut bersama bahan lain ketika digaul.
5. Gaul sebati.
Gambar (atas) pun Amie ambil dari entri lepas juga. Bezanya dalam entri lepas banyak kelapa parut yang Amie gunakan, tapi kali ini 2 kg ikan dengan sebiji kelapa parut sahaja.
6. Panaskan minyak dalam kuali.
7. Masukkan bahan yang sudah digaul sebati ke dalam kuali.
8. Gunakan api kecil sepanjang proses memasak serunding sehinggalah serunding menjadi kering.
7. Masukkan bahan yang sudah digaul sebati ke dalam kuali.
8. Gunakan api kecil sepanjang proses memasak serunding sehinggalah serunding menjadi kering.
Serunding Ikan Tenggiri ini akan dibubuh sedikit di atas nasi berkat bersama lauk-pauk lain untuk malam tahlil.
Alhamdulillah, siaplah juga Serunding Ikan Tenggiri ini.
Sewaktu Amie bawa ke kampung, anak sulung arwah kakak ipar makan sedikit serunding ini dan terus berkata : Sama rasanya seperti yang mama selalu buat.
Memang sama.
Sebab Amie belajar resepi serunding ini dari arwah.
Moga arwah kakak ipar tenang di sana.
Moga Allah ampunkan segala dosanya.
Moga lapang kuburnya.
Moga lurus jalan menuju ke syurga-Nya.
Aamiin.
Nostalgia Serunding Ikan Tenggiri!
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadaminsha'Allah
Padam