Ikan Masak Singgang?
Memang tak tolak tepi malah terus singsing lengan! Jangan lupa sediakan nasi panas, sambal belacan dan sejenis dua ulam! Wadeeedeeeehhhhh.....!
Adapun masakan singgang ini memang sudah sebati sejak zaman kanak-kanak lagi! Dan sesungguhnya masakan singgang mempunyai pelbagai versi mengikut daerah atau negeri. Ada singgang berkuah putih, berkuah kuning, pedas, ditumis terlebih dahulu segala perencahnya, bubuh lengkuas, bubuh belacan, bubuh daun kunyit dan seumpamanya. Jadi, janganlah nak bergaduh kalau berbicara tentang masakan singgang sebab dalam Kamus Bahasa Melayu mendefinisikan singgang sebagai: masakan (ikan dan lain-lain) yang direbus dan digarami. Web DBP pula menyebut singgang : berkaitan dengan jenis masakan yang sungguh ringkas dan paling mudah.
Kebetulan Fairuz sakit tekak, tak dapat menelan makanan yang keras dan pedas, jadi Amie masakkan ikan singgang sahaja, dan makan dengan nasi putih yang sengaja masak lembik sedikit. Amie gunakan ikan buna @ ikan tudung periuk. Tak tahulah ikan apa orang Malaya sebut. Di bawah ini rupa ikan buna @ ikan tudung periuk.
Gambar ikan ini Amie ambil dari entri yang lalu, sekadar untuk tunjuk sahaja. Rasanya ramai juga yang kenal ikan buna @ tudung periuk ini. Ada saiz kecil dan saiz besar.
Yang Amie masak kali ini ikan buna saiz besar, lebih kurang 3.5kg seekor dan kami minta penjual ikan bersihkan sekali. Isinya lembut dan padat, dan apabila dimasak keluarlah lemaknya! Mari kita lihat lauk makan tengahari Fairuz, Ikan Masak Singgang yang simple dimple di bawah ini.
4 kepingan ikan buna @ tudung periuk
2 batang serai - diketuk
2 cm lengkuas - diketuk
2 biji tomato - belah dua
1 labu bawang besar - mayang kasar
3 ulas bawang putih - diketuk
2 keping asam gelugur
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 liter air
garam / perasa pilihan
Cara memasak:
1. Dalam sebuah periuk, masukkan semua bahan di atas kecuali ikan, garam / perasa pilihan dan tomato.
2. Jerang sehingga mendidih.
3. Masukkan ikan dan tomato. Masak lagi selama 5 minit.
4. Perasakan dengan garam / perasa pilihan.
5. Kacau sekali dua, dan padamkan api dapur.
Kuahnya nampak berminyak, yang terhasil daripada lemak ikan. Amie suka sangat makan bahagian sirip ikan yang berlemak tu....sedap!
Ikan buna br first time trbaca. Nama umum - ikan telinga gajah
BalasPadamBambit,
BalasPadamtq info nama ikan telinga gajah,
biasanya di Sabah, penduduk tempatan panggil dengan nama itu : buna.