Pages

Khamis, 11 Oktober 2018

Udang Balut Kulit Wantan Memang Sangat Sedap!

Tak sampai rasa di hati tak layan sang udang yang melambai-lambai minta didekati!
Adeeehhhh.... !!! Menggoda sungguh!
Mari kita layan Udang Balut Kulit Wantan di bawah ini.


Resipi ini Amie pernah kongsikan di sini : UDANG BALUT KULIT WANTAN
Dulu Amie gunakan udang harimau, tapi kali ini Amie gunakan udang kertas. Udang memang sedap. Masak apa pun tetap sedap. Namun begitu, bagi Amie terlebih sedaplah pula udang kertas berbanding udang harimau....hiks! Bukan apa, udang kertas lebih lembut. Itu jew yang nak Amie beritahu.


Jom kita lihat resepinya.
Bahan-bahan:
20 ekor udang kertas saiz sederhana besar
20 helai kulit wantan 
2 sudu kecil Maggi Cukup Rasa
sedikit air untuk melekatkan kulit wantan 
1 sudu besar bijan - sangaiminyak

Bahan tumbuk:
2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
1 cm halia muda
1/2 sudu kecil lada putih
Cara:
1. Bersihkan udang kertas. Buang kulit dan kepala, tinggalkan ekornya. Buang urat di belakangnya, dan kelar-kelar kecil bahagian bawah perut udang supaya udang tidak bengkok ketika digoreng.
2. Gaul udang bersama bahan tumbuk dan perap selama 5 minit.
3. Ambil sehelai kulit wantan dan letakkan seekor udang di atasnya. Balut dengan cara menggulung udang, dan lekatkan kulit wantan dengan sedikit air.
4. Goreng menggunakan api sederhana panas sehingga kuning keemasan.
5. Angkat menggunakan jaringan (tos) dan kemudian taburkan bijan di atasnya.
6. Enak dimakan begitu sahaja, atau jika suka boleh cicah dengan sos pilihan.


 Setakat 3 ekor udang memang tak cukup!


 Kena tambah lagi 3 ekor!


Jemput ratah Udang Balut Kulit Wantan.
Memang Sangat Sedap!
Bagi Amie, tak payahlah cecah-cecah lagi, makan begitu saja pun dah cukup sedap!
Pencecah tu mengganggu saja...hahahaaa!

3 ulasan: