Adeeehhhh.....!
Semua meleleh!
Bila kita masak di dapur sendiri, ikut suka kitalah nak bubuh bahan yang digemari, dan sebanyak mana yang kita suka. Betul tak? Boleh kurangkan atau abaikan bahan tertentu, dan lebihkan bahan yang mendapat sambutan ramai di dalam rumah....hiks! Untuk Tom Yam Udang Pedas Berapi ini Amie gunakan udang kertas yang segar bugar. Memang nak fokus udang saja, tak mahu yang lain....ngeeee!
Bahan-bahan :
700 gram udang kertas - bersihkan, buang kepala dan belah belakang - keluarkan uratnya
1/2 batang lobak merah - potong bulat
10 batang putik jagung - belah 2
7 kuntum cendawan tiram - siat 2-3
2 biji tomato - belah 4
2 labu bawang besar - hiris kasar
4 batang serai - diketuk
2 cm lengkuas - diketuk
20 biji cili padi - pecahkan
5 helai daun limau purut
1 pokok ketumbar
4 sudu besar sos ikan
3 sudu besar pes tom yam
1/2 cawan susu cair
3 biji limau nipis - ambil jusnya
1 liter air - atau lebih
garam / gula / perasa pilihan
1. Nyalakan api dapur. Jerang air di dalam periuk hingga mendidih.
2. Masukkan serai, lengkuas, bawang besar dan lobak merah. Renih sehingga lobak merah agak lembut.
3. Masukkan udang, cendawan tiram, tomato dan putik jagung. Biarkan mendidih sekali lagi.
4. Kemudian masukkan sos ikan, susu cair, cili padi, daun limau purut dan jus limau nipis.
5. Tambahkan garam / perasa pilihan sekiranya kuah tom yam belum menepati citarasa.
6. Akhir sekali masukkan hirisan daun ketumbar.
7. Padamkan api dapur.
Siap juga Tom Yam Pedas Berapi. Nak pedas lagi, tambahkan cili padi lebih. Nak lebih masam, tambahkan juga jus limau nipis lebih!
Walaupun hanya main campak-campak dan rebus, lebur semua dalam periuk, hasilnya memang naik jempol!
Bagi Amie, tom yam ini sudah cukup pedas, tapi 'tukang makan' kata tambah sikit lagi cili padi dan jus limau nipis! Aiiiyaaaa.... entah perut apa itu!
Kalau ada lebihan daun ketumbar lagi, bolehlah tabur atas hidangan tom yam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan