Pages

Jumaat, 12 Oktober 2018

Sotong Goreng Rangup

Paparan entri sebelum tidur.


Sesekali meratah Sotong Goreng Rangup!
Alangkah....

Jom buat Sotong Goreng Rangup di dapur sendiri.

Bahan-bahan:
700 gram sotong - bersihkan - pastikan tiada telur, mata dan mulut - potong ikut suka - toskan hingga kering
1 cawan serbuk roti
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 biji telur ayam gred A
garam / gula / perasa pilihan secukupnya
minyak untuk menggoreng

Bahan tumbuk:
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1/2 sudu kecil lada putih

Cara:
1. Letakkan sotong dalam sebuah bekas. 
2. Masukkan bahan perasa (gula / garam / perasa pilihan) serta bahan tumbuk dan gaul rata.
3. Tambahkan tepung gandum dan tepung jagung.
4. Pukul ringan telur ayam dan tuangkan ke dalam mangkuk berisi sotong tadi. Kacau rata sekali lagi.
5. Golek-golekkan sekeping / sepotong demi sekeping / sepotong sotong di atas serbuk roti.
6. Goreng hingga masak.

7. Angkat dan toskan.

Senang saja kan?

1 ulasan: