Pages

Khamis, 8 Disember 2016

Sambal Udang Kering

Sambal Udang Kering!
Kedengaran sedapkan?
Dan sudah semestinya sedap!
Biasanya kalau buat sambal begini, Amie masak lebih. Maklumlah seisi rumah sukakannya. Lagi pun sambal ini boleh dimakan dengan apa sahaja! Boleh buat cicah ikan bakar atau ikan goreng, makan dengan nasi panas! Boleh juga cicah lempeng, pisang goreng atau keledek goreng. Jadi pencicah jemput-jemput pun sodap!

Nampak menyelerakan tak?

Jom tengok bahan-bahan yang biasa Amie gunakan. Amie tak gunakan asam jawa untuk menambah rasa masam, sebaliknya Amie gantikan dengan tomato. Tomato tu pulak saja jew potong besar sebagai penda aras. Penanda aras? Ha ha haaa... nak masak sambal ni kena ambil masa lama supaya sebati dan rasanya sedap. Bila tomato hancur lunyai tak nampak rupa, maknanya dah masak sempurnalah sambal ni. Lagi satu kalau bawang besar tu dicincang, boleh juga jadi penanda aras yang sama dengan tomato. Hancur bawang besar tu bermakna dah cukup masaklah sambal, dan boleh simpan lama. Kalau nak simpan lama, bubuh minyak lebih sikit sebagai bahan pengawet. 

Bahan A:
150 gram cili padi minyak
2 cawan udang kering - rendam hingga kembang - toskan airnya
2 biji cili merah
20 ulas bawang putih
20 biji bawang merah
3 biji bawang besar - belah 6
3 biji tomato - belah 4

Bahan B:
200 gram gula melaka
3/4 cawan minyak
garam / perasa pilihan

Cara memasak:
1. Kisar kesemua bahan A kecuali tomato.
2. Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar bersama tomato.
3. Masak dengan api perlahan sehingga pecah minyak. Pastikan tomato hancur lunyai.
4. Perasakan dengan gula melaka dan garam / perasa pilihan.
5. Kacau selalu supaya tidak berkerak.
6. Setelah sambal menjadi pekat, padamkan api dapur.

Terpulanglah citarasa masing-masing nak tambah belacan ke, asam jawa ke, serai ke. Amie masak begini saja pun dah cukup sedap!

 Banyakkan sambal tu?

 Bila sambal dah pecah minyak, teruskan masak sehingga menjadi pekat.

Semangkuk sambal ni habis anak-anak kerjakan! Ni baru keluar dari kuali, belum lagi betul-betul sebati! Tapi anak-anak dah tak sabar nak makan. 


 Tak payah cari lauk lain, cukuplah dengan ikan goreng!
Kalau tak sempat masak lauk lain, boleh gorengkan telur mata kerbau. Makan dengan nasi panas...nyum nyuumm!

Jemput makan.

Amie sangka Sambal Udang Kering akan bertahan lama sampai seminggu, rupa-rupanya menjelang malam habis 3/4!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan