Alhamdulillah.
Syukur kepada Allah, kita dapat bertemu lagi di pagi Jumaat nan mulia ini.
Dah sarapan pagi?
Jom sarapan pagi dengan Lempeng Tepung Gandum di dapur Amie. Kita cicah lempeng dengan sambal udang kering baki kelmarin!
250 gram tepung gandum
500 ml air
1 sudu kecil gula1/2 sudu kecil garam
1 biji telur gred A
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur gred A
2 sudu besar susu tepung
setitik emulco pandan
sedikit minyak
Cara penyediaan:
Cara penyediaan:
1. Satukan kesemua bahan kecuali minyak di dalam mangkuk. Adun sebati.
2. Oles kuali dengan sedikit minyak dan tuangkan satu senduk adunan di atasnya.
3. Apabila seluruh permukaan lempeng berubah warna, terbalikkan dan biarkan seketika.
4. Angkat lempeng dari kuali, dan teruskan melempeng adunan seterusnya hingga selesai.
P/S:
Kalau nak adunan lebih cair, boleh tambah air. Kalau nak rupa lempeng lebih nipis, buatlah nipis-nipis he he heee.... I tak sanggup buat terlalu nipis, penat berdiri jaga kuali ...ahaks!
P/S:
Kalau nak adunan lebih cair, boleh tambah air. Kalau nak rupa lempeng lebih nipis, buatlah nipis-nipis he he heee.... I tak sanggup buat terlalu nipis, penat berdiri jaga kuali ...ahaks!
Pagi ini kami sarapan lempeng dengan sambal udang kering yang Amie buat lebih kelmarin. Untuk resepi sambal udang kering itu boleh klik di sini : SAMBAL UDANG KERING.
sedapnye ujan2 pekena lempeng...
BalasPadamWah...sedapnya makan cam tu. PH dah tengok resipi sambal udang kering Amie. Rasa2 nak try sebab nampak sedap sangat.
BalasPadamngences tgok lempeng tu...
BalasPadam