Pages

Jumaat, 1 Mei 2015

Mee Goreng Seafood yang simple dimple!

Selamat Hari Pekerja...
Hari ini cuti, tapi masak tak ada cuti!
Kita layan Mee Goreng Seefood simple dimple, menu sarapan kami pagi tadi.

Bila Encik Suami nampak kita sibuk buat kerja di dapur, dia pun ringankan tulang nak buat sarapan pagi. Amie nampak dia angkat periuk, didihkan air dan celur mee kering. Katanya, nak goreng mee. Amie kata eloklah campur udang, tapi udang belum dibersihkan. Encik Suami pun bersihkan udang. Rasa tak sabar pulak tengok dia berdiri lama di depan sinki bersihkan udang. Amie pun capai pisau potong bawang putih bawang merah dan panaskan minyak dalam kuali. Bila Encik Suami tengok Amie ambil alih kerja goreng mee, dia pun sediakan air minuman. Diletakkannya udang yang bersih, hilang segala kulit dan ekornya di sebelah dapur.

Ini dia Mee Goreng Seafood yang simple dimple untuk sarapan kami anak- beranak. Amie tambahkan sedikit kerang.  Tak ada sayur, cuma bubuh daun bawang saja. Wokeeeyyy... kita tengok resepinya di bawah ini.

Bahan-bahan:
1 bungkus mee kering - celur hingga lembut dan bilas - toskan airnya
400 gram udang kertas - bersihkan
1 cawan isi kerang
2 sudu makan sos tiram
4 sudu makan kicap manis
1 sudu makan kicap masin
2 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos cili
1 rumpun daun bawang - potong sepanjang 3 cm
1/3 cawan minyak 

Bahan hiris:
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 biji cili merah
3 biji cili padi

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan hiris hingga wangi.
2. Masukkan udang dan isi kerang. Tumis hingga masak.
3. Tambahkan sos tiram, kicap manis, kicap masin, sos tomato dan sos cili. Gaul sebati.
4. Masukkan mee dan kacau rata.
5. Setelah bahan digaul mesra, taburkan hirisan daun bawang dan kacau sekali dua.
6. Padamkan api dapur.
Lama sungguh tak bersarapan pagi di rumah bersama anak-anak. Suka hati melihat Fuad & Fairuz makan dengan penuh selera! Alhamdulillah....

1 ulasan:

  1. sepatutnya letak nama mee kasih -sayang sebab buat berduet dengan abe tersayang!.

    BalasPadam