Pages

Isnin, 4 Mei 2015

Lauk yang tak pernah menjemukan : Asam Pedas Ikan Merah

Salah satu menu yang tak pernah Amie tolak... asam pedas! Baik asam pedas kuah pekat atau kuah cair, dua-dua masuk perut. Baik asam pedas selatan, timur, utara semua bedal! Mmmmm.... jomlah jamu mata di bawah ni.... hiks!


Bahan-bahan:
4 kepingan ikan merah
1 liter air
1 sudu teh pati asam jawa
1 keping asam gelugur
2 biji tomato - belah 4
2 batang serai - dititik
3 tangkai daun kesom
1 kuntum bunga kantan - belah 2
1 sudu teh lada putih - ditumbuk
garam / perasa pilihan secukupnya
1/3 cawan minyak untuk menumis 
Bahan kisar:
25 biji cili kering
3 ulas bawang putih
7 biji bawang merah
2 cm belacan
2 cm kunyit hidup
2 cm halia
 
Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masukkan serai, daun kesom, bunga kantan, pati asam jawa dan asam gelugur. Gaul sebati.
2. Masukkan air dan biar mendidih dengan api sederhana panas selama 10 minit atau lebih.
3. Kemudian masukkan ikan merah. Tambahkan lada putih.
4. Jangan masak ikan merah terlalu lama sebab isisnya sangat lembut. Apabila ikan merah masak antara 5 hingga 7 minit, masukkan potongan tomato bersama kacang bendi dan biarkan seketika.
5. Perasakan dengan garam / perasa pilihan secukupnya.
Demikianlah kisah main masak-masak untuk hari ini.... jumpa lagi!

8 ulasan:

  1. Assalamualaikum Amie,
    Kalau K.Sham.. menghirup kuahnya saja dah cukup.. terliur sungguh ni..

    BalasPadam
  2. sedap ratah dan hirup kuahnya.. *ayat orang tgh diet skrg ni hehehehe

    BalasPadam
  3. sedap la asam pedas ni mmg tak jemu di makan Mie everyday pun ok jeee

    BalasPadam
  4. Di bagian bahan tersebut ikan patin , di cara membuatnya ikan merah ... Hehehe .. Salah tulis ya , kk Amie ?

    BalasPadam
  5. Shamsiah,
    waalaikumussalam.... jemput.

    Cik Wan,
    he he heee... tengah diet ye.

    Kak Noor,
    resepi evergreen kak.

    BalasPadam
  6. Pojie,
    jemput...

    Yeni,
    terima kasih banyak... saya dah betulkan, ya... saya silap.

    Aji,
    terima kasih... jemput.

    BalasPadam