Pages

Khamis, 12 Disember 2013

Nasi Goreng Bawang....?


Malam tadi... ni cerita semalam punya he heheheee...
Encik Suami kata 'mati liur' yang membawa maksud tidak ada selera makan. Dia minta Amie buat nasi goreng.... nasi goreng bawang, katanya! Aiiikk... nasi goreng bawang? Goreng dengan bawang je, katanya lagi. 



Kita pun....  tanpa banyak soal jawab, teruslah ke dapur. Memang nasi sudah siap dimasak, dan hanya sediakan lauk saja. Sambil goreng ikan untuk anak-anak, sambil-sambil kepala memikirkan rupa bentuk Nasi Goreng Bawang! Akhirnya Amie goreng kesemua nasi yang ada.... 6 cawan nasi putih dengan 2 labu bawang besar! Ada mengena tak dengan namanya sebagai Nasi Goreng Bawang? Amie bubuh sedikit ikan bilis dan juga mix vegetable, dan diakhiri dengan renjisan minyak bijan. Tak cukup dengan itu, Amie bubuh hirisan timun dan gaul sekali dalam kuali. Mmmmmm.... cukup harum dan aromanya barangkali mampu membuka selera Encik Suami! Amie siap hidangkan dengan keropok melinjo yang pahit-pahit sikit tu, tauhu & tempe bacem serta sambal belacan. Okey tak? Okey je tu... sebab Encik Suami minta tambah!


Resepi : Nasi Goreng Bawang
Olahan : Amie's Little Kitchen


Bahan-bahan:
6 cawan nasi putih
2 labu bawang besar - potong dadu
3 biji bawang putih - pecahkan & cincang halus
1/2 cawan ikan bilis - tumbuk kasar
1 cawan mix vegetable
2 sudu makan minyak bijan
1 sudu makan kicap pekat
 perencah MAGGI Cukup Rasa secukupnya
minyak

Hiasan:
hirisan timun
sambal belacan
tauhu & tempe bacem
keropok melinjo


Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih  serta bawang besar hingga wangi.
2. Masukkan ikan bilis tumbuk dan goreng lagi hingga bawang kelihatan kekuningan.
3. Masukkan mix vegetable dan  gaul rata. Kemudian masukkan nasi dan kemudian tambahkan kicap pekat. 
4. Setelah nasi sebati dengan bahan perencah, tambahkan perencah MAGGI Cukup Rasa.
5. Renjiskan minyak bijan & taburkan hirisan timun. Kacau sekali lagi dan padamkan api dapur.
6. Hidangkan dengan hirisan timun, sambal belacan, tauhu dan tempe bacem serta keropok melinjo.
Untuk resepi Tauhu & Tempe Bacem boleh rujuk SINI dan SINI.





2 ulasan: