Pages

Khamis, 12 Disember 2013

Daun Turi Masak Lemak Dengan Keledek

Amie kongsikan sayur Daun Turi Masak Lemak Dengan Keledek sebagai salah satu menu yang sesuai untuk dijadikan santapan tengahari. Amie masak lemak putih, salah satu resepi masak lemak yang biasa kami sediakan untuk hidangan keluarga di kampung. Agaknya memang dari kecil Bonda suka masak lemak tanpa kunyit, jadi sehingga ke hari ini masih terasa aroma santan putih dan nikmatnya ketika hirup kuahnya! Jangan lupa ikan goreng dengan sambal belacan sebagai pelengkap hidangan ya...


Resepi : Daun Turi Masak Lemak Dengan Keledek
Olahan : Amie's Little Kitchen


Bahan-bahan:
1cekak daun turi - lurutkan daun buang tangkai
1 biji keledek saiz sederhana besar - kupas kulit & potong dadu
500 ml santan cair
200ml santan pekat
1 batang serai - dititik
garam / perasa pilihan

Bahan tumbuk kasar:
2 biji bawang putih
3 biji bawang merah
\1 genggam udang kering - direndam hingga kembang dan toskan

Cara:
1. Campurkan santan cair, keledek, serai dan semua bahan tumbuk dalam periuk.
2. Masak sehingga keledek lembut.
3. Masukkan daun turi, dan masak sehingga daun berubah warna.
4. Tuangkan santan pekat dan kacau supaya tidak pecah santan.
5. Perasakan dengan garam / perasa pilihan.
6. Padamkan api dapur.


Oleh kerana ramai rakan FB yang tak pernah melihat pokok atau daun turi, dan ada yang keliru sehingga mengatakan daun pucuk manis dan daun kelor, jadi Amie kongsikan pokoknya di atas tu... kebetulan sewaktu google mencari pokok turi terpandang entri sendiri. Gambar ini Amie ambil beberapa tahu lalu sewaktu beraya di rumah keluarga sebelah Bonda di Hutan Melintang, Perak.


7 ulasan:

  1. sedap sedap sedap... i like it....! nak plak ada ikan kering goreng dengan sambal belacan... nikmatnya dunia.. hehe..

    BalasPadam
  2. samalah citarasa kita....bila ada msk lemak,mesti ada sambal belacan,ikan @ayam goreng ke@ikan masin...tak pun telur masin kan!...

    BalasPadam
  3. Amie..masa dok tanjung karang..senang nak dapat sayur turi ni..memang acik pun masak lemak campur keledek

    BalasPadam
  4. sedap banget... orang kata pahit rasanya bila dah lerai dari tangkai..tapi che mid suka

    BalasPadam
  5. Assalamu'alaikum AMIE
    Lama tak mamper. Tup, tup terjumpa janganan turi yang enak Amie tu. Terasa pahit-pahit sikit si turinya, juga manis-manis si keledeknya.... juga lemak-lemak si kuah santannya! Dgn iringan sambal terasi + gorengan ikan, licaulah nasi di periuk.

    BalasPadam
  6. Salam kak amie :) mmg terbaik sayur masak lemak putih + ikan goreng + sambal belacan... menitik air liur atas key board nih.

    BalasPadam
  7. Assalam kak amie..
    pestaim dengar nama pokok turi, ingat pucuk asin (cekur manis)
    Sedapnya wat masak lemak camni

    BalasPadam