Lamanya tak buat kek pisang!
Terakhir kali buat Kek Pisang Mentega Kacang DI SINI dan DI SINI. Kedua-duanya Amie gunakan pisang tanduk!
Kali ini Amie tak gunakan pisang tanduk lagi, sebaliknya Amie gunakan pisang berangan.
Resepi : Kek Pisang Mentega Kacang
Olahan : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
2.5 cawan tepung gandum (2 1/2 cawan)
400 gram pisang berangan - selepas dilecek lebih kurang 1 1/2 cawan
4 sudu makan mentega kacang halus
3/4 cawan gula perang
1 cawan minyak jagung
4 biji telur
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh essen pisang (kalau tak suka baunya, tak payah bubuh)
secubit garam
Cara:
1. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat. Ketepikan.
2. Pukul telur hingga berbuih menggunakan mixer.
3. Masukkan gula dan pukul lagi hingga gula kembang.
4. Masukkan mentega kacang halus dan pukul lagi.
4. Masukkan garam, essen pisang dan pisang lecek. Pukul perlahan.
5. Masukkan tepung dan pukul lagi hingga sebati.
6. Tutup mixer dan masukkan minyak. Gaul bersama adunan menggunakan spatula hingga sebati.
7. Tuang adunan ke dalam tin pembakar yang sesuai - terpulang bentuk bulat atau persegi.
8. Bakar dengan api sederhana (180'C) selama 40 minit atau sehingga masak. Dan seperti kebiasaannya sekiranya ingin mengetahui sama ada kek sudah masak atau sebaliknya, cucuk gunakan lidi sate. Jika lidi anda licin bermakna kek sudah masak dan boleh padamkan api. Jika lidi sate masih tersalut adunan bermakna anda perlu membakarnya lagi sehingga benar-benar masak.
Di bawah ini Amie paparkan Kek Pisang Mentega Kacang dengan menggunakan pisang tanduk. Ada beza tak dengan Kek Pisang Mentega Kacang yang gunakan pisang berangan?
Amie rasa warna pisang turut mempengaruhi hasil kejadiannya!
Jemput.... pilihlah mana yang berkenan di hati!
asssalam amie..mana lagi sedap?? dua2 KNJ nak bleh...chantk tekstur dia !
BalasPadamasalamualaikum kak amie....
BalasPadamsuka tgk teksturnya yg lembut,kadang2 tu bila saya makan kek mesti belek2 dulu,...boleh ke saya buat jadi lembut cam tu?
assalam
BalasPadammenariklah kek pisang mentega kacang
lemak2 fuhh sedap ni
cp resepi ye k amie he hee
Salam kak amie..lamanya dh buat kek pisang..kebetulan tadi ada beli pisang emas n pisang berangan...blh lh cuba resepi kak amie ni..sury cp rspnya ya..tq :-D
BalasPadamMesti sedap sbb ada penut butter..wangi je time bkr kn kak.
BalasPadamSalam kak Amie..Hujan2 ni sedap makan kek pisang mentega kacang ni panas2..hu hu kena ngan tea cameron highland..memang layan
BalasPadamWow..sedapnya kek pisang nampak lembut n moist sangat...versi banyak pisang ni..sedapnya wat minum petang
BalasPadamAmie..ummi singgah nak breakfast kek pisang, kopi secawan!!
BalasPadamwah menariknya..rupa kek pisang itu
BalasPadamwahhh.. mcm sedap je ni :)
BalasPadamAslmkm. Masuk list ni Amie! TQ
BalasPadam