Pages

Ahad, 18 Ogos 2013

Kurma Ayam Sedap - Resepi Che Jah

Asalnya resepi Kurma Ayam ini menggunakan daging, tapi Amie tukar kepada ayam. Terima kasih banyak kepada Puan Che Jah yang bermurah hati memberikan Amie petua memasak hidangan kurma yang ternyata sangat sedap! Kalau sebelum ini Amie teragak-agak untuk masak kurma, tapi selepas ini memang Amie tidak perlu berfikir dua kali untuk menyediakannya. 


Bila Fuad (tukang komen masakan merangkap tukang makan), sudah mengatakan masakan ini sedap bermakna masakan kurma Amie sudah 'melepasi tahap keutuhan', dan mendapat kelulusan untuk diulang masak pada bila-bila masa saja.


Menurut Puan Che Jah, daging hendaklah direbus terlebih dahulu bersama renpah kurma sehingga lembut, namun begitu Amie tidak berbuat demikian memandangkan Amie sudah tukar daging kepada ayam. (Catatan ini untuk peringatan Amie pada masa akan datang sekiranya hendak masak daging kurma pula). Seperti resepi yang terdahulu yang diberikan oleh Puan Che Jah kepada Amie Dalca Daging Che Jah dan Kari Kepala Ikan Che Jah, sukatan rempah-rempahan adalah menggunakan tangan, sejemput-sejemput dan Amie cuba terjemahkannya dalam bentuk sukatan menggunakan sudu.


Resepi : Kurma Ayam
Sumber : Che Jah

Bahan-bahan:
800 gram daging ayam - potong 8
3 biji kentang - belah 2
3 sudu makan rempah kurma
200ml santan
segenggam daun pudina
3 biji cili hijau - belah 2
1 biji limau nipis - ambil jusnya
sedikit minyak dicampur dengan  minyak sapi / mentega / marjerin 
garam / gula / perasa pilihan
3 cawan air

Bahan tumbuk halus / kisar :
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia
sejemput  jintan manis - 1/2 sudu makan
sejemput jintan putih - 1/2 sudu makan
sejemput buah pelaga - 3-4 biji
1 batang kulit kayu manis - 3cm
bunga cengkih - 3-4 biji
2 kuntum bunga lawang

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan campurkan dengan sedikit minyak sapi / mentega / marjerin.
2. Tumis bahan kisar hingga wangi.
3. Masukkan rempah kurma, dan gaul sebati menggunakan api perlahan.
4. Masukkan daging ayam bersama kentang. Tambahkan air secukupnya. Masak hingga empuk.
5. Tambahkan santan, dan biarkan sehingga kuah agak pekat.
6. Masukkan garam / gula / perasa pilihan, cili hijau dan daun pudina.
6. Perlahankan api supaya terbit minyak.
7. Sebelum kurma ayam diangkat, perahkan jus limau nipis ke atasnya.

17 ulasan:

  1. dtg tgok hadiah.. hihihi.. ada lauk sedap pulak.. rasa nak ambil roti n cicah kurma ayam ni

    BalasPadam
  2. Anak sy mmg suka msak kurma ni kak...:-)

    BalasPadam
  3. askm saya da cuba masak resepi ini mmg best in the world tq AMIE 4 sharing

    BalasPadam
  4. Sedap..sy dah masak td..terbaikkk..

    BalasPadam
  5. Sedapnya. Nak cuba jugaklah.. 😊

    BalasPadam
  6. Baru wat td... mmg senang n sedap... thumbs up....

    BalasPadam
  7. Resepi ni mmg sedap. Kalah masakan mak saya. Suami ckp thumbs up!

    BalasPadam
  8. Tq resepi ..sedapnye..nak cubala..

    BalasPadam
  9. Salam.. minyak izin guna resepi ni ye..nak cuba masak . Hihi
    Terima kasih :)

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum.
    Terima kasih atas resepi. Belum cuba lagi. Nak tanya rempah kurma brand apa yg paling sedap ya?

    BalasPadam
  11. Nora,
    Pyan,
    Leeza,
    Maya,
    terima kasih sudi cuba. Kredit untuk Puan Che Jah.

    Yang lain... silakan mencuba.

    Ida,
    waalaikumussalam... saya tak tahu mana paling sedap, saya guna rempah kurma adabi.



    BalasPadam
  12. As salam..kak ambo mintak halal yo resepi nih

    BalasPadam
  13. Mohd Rosli,
    Penjagaan ibu :
    silakan.

    BalasPadam
  14. Terima kasih atas perkongsian resepinya.saya sekeluarga ambil resepinya sahaja.lain lain tiada dulu kini dan selamanya..

    BalasPadam