Nasi lemak memang sedap. Sediakan yang asas pun sudah cukup menggamit selera! Kali ini Amie mencuba Nasi Lemah Opah pula. Resepi Nasi Lemak Opah ini Amie ambil dari buku masakan Resepi Tradisi Cita Rasa Malaysia : Perak oleh Chef Sapiah.
Bahan yang digunakan tidaklah rumit, dan memang sudah tentu ada di dapur anda! Tidak perlu bersusah payah mencari itu ini lagi. Sudah semestinya nasi lemak ini sungguh enak terutama sambalnya yang dkisar bersama ikan bilis! Bahan lain... cukup ringkas! Sediakan sahaja ikan bilis goren, telur rebus, kacang tanah goreng dan hirisan timun. Nah! Sudah siap terhidang di atas meja untuk dijamah seisi keluarga!
Resepi : Nasi Lemak Opah
Sumber : Resepi Tradisi : Cita Rasa Malaysia - Perak oleh Chef Sapiah
Bahan A : Nasi Lemak
2 cawan beras
1cawan santan dicampur 1 cawan air (guna 1/2 cawan santan pekat ditabah 1 1/2 cawan air)
1 helai daun pandan
3 hirisan halia
secubit garam
1 batang serai - dicarik
Bahan B : Sambal
6 sudu makan cili kering kisar
4 biji bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 labu bawang besar - hiris
segenggam ikan bilis - dibasuh dan separuh daripadanya ditumbuk
sedikit air asam jawa
sedikit belacan - jika suka
garam dan gula secukup rasa
Bahan C: Hiasan
ikan bilis goreng
telur rebus
timun
kacang tanah goreng
Cara:
1 Masak nasi seperti biasa bersama Bahan A.
2. Bagi membuat sambal, tumis bawang besar, bawang yang ditumbuk, cili kisar, belacan dan ikan bilis yang ditumbuk sehingga sedikit garing dan pecah minyak.
3. Masukkan air asam jawa dan separuh lagi ikan bilis yang sudah dibersihkan tadi.
4. Masukkan garam dan gula. Masak sehingga kuah agak pekat.
~ Boleh bubuh marjerin bagi nmelembutkan nasi~
I am submitting this post to Malaysian Food Festival Perak Month hosted by Wendyinkk of Table for 2....or More
salam kak amie..
BalasPadamem..sedapnya nasi lemak tu..suda lama x makan..
Salam Amie..
BalasPadamNasi lemak memang Favourite MA sekeluarga...
Tapi skrg dah tak pernah buat nasi lemak, sbb My hubby tak leh makan ikan bilis....gout, huhuhu
Sambal ikan bilislah yang menjadikan nasi lemak tu umpphh.