Pages

Sabtu, 17 Ogos 2013

Hadiah Untuk Diri Sendiri

Pernahkan anda menghadiahi sesuatu untuk diri sendiri? Dulu.... Amie selalu mendengar Farid berkata: Hari ini saya nak beli novel untuk hadiah diri sendiri sebab sudah habis peperiksaan. Entah berapa kali Farid berkata dan berbuat seperti apa yang diperkatakannya. Biasanya ini terjadi ketika kami dalam perjalanan pulang dari sekolah, dan Amie akan menghala ke Sabah Book Store. Farid akan membeli sekurang-kurangnya sebuah novel keluaran terbaru terbitan PTS, dan duit yang digunakan merupakan wang tabungannya.


Sekarang Amie tidak lagi mendengar ungkapan itu.... yang mungkin Farid ucapkan untuk dirinya sendiri (merujuk peperiksaan yang baru saja dilaluinya sejak Isnin 12 Ogos 2013 ), mana tahu Farid akan membeli lagi novel keluaran terbaru di Labuan, walaupun katanya tidak banyak novel yang dijual di sana. Dan Amie pun sebenarnya sudah pandai meniru gaya Farid... Mummy hendak beli sesuatu untuk hadiah diri sendiri setelah berjaya menyiapkan semua tempahan kek! Tapi... masih tidak dapat memastikan apa bentuk sebenar hadiah yang hendak dibeli itu. Bagaimanapun... sesekali terbayang sebuah pengadun jenama Kenwood yang sederhana berada di atas meja dapur!  



Sedikit demi sedikit Amie siapkan tempahan kek-kek lapis pelbagai jenis. Amie susun jadual mengikut giliran pelanggan. Mana yang hendak cepat, Amie segerakan. Mana yang ingin ambil agak lewat, Amie lambat-lambatkan sementara menyiapkan tempahan yang lain. Maklum sahajalah, bukan 24 jam Amie berada di dapur! Tuntutan tugas di tempat kerja perlu diutamakan, sedangkan tempahan kek lapis hanyalah sampingan!


Ketika seisi rumah sedang lena tidur, Amie bertemankan Radio Klasik Nasional meneruskan kerja melapis kek. Pada masa yang sama sempat menyediakan hidangan untuk bersahur, dan sesekali melayari internet.... supaya tidak tertidur di dapur!


Telur! Pada mulanya agak resah juga bila timbunan telur belum menyusut..... 



Kek demi kek lapis dihasilkan, dihantar atau diambil sendiri oleh pelanggan. Sebiji demi sebiji telur terus dipecahkan.... Jenis demi jenis kek lapis diadun, namun Kek Lapis Cheese Masam manis juga yang masih menjadi pilihan utama. Amie bahagikan tempahan kepada dua fasa. Fasa pertama untuk tempahan teman-teman yang pulang ke semenanjung pada 1 & 2 serta 3 Ogos. Amie siapkan lebih awal kek tempahan mereka. Fasa kedua, Amie terus melapis tanpa henti selama 6 hari!



Akhirnya timbunan telur mula menyusut sedikit demi sedikit......  tin demi tin mentega turut berkurangan. Bermakna tugas melapis kek hampir ke penghujungnya!


Syukurlah sebelum 7 Ogos 2013, semua senarai tempahan  fasa kedua dapat diselesaikan. 



Untuk kenang-kenangan sepanjang Ramadhan ini, Amie ingin abadikan hasil titik peluh Amie dalam bentuk yang lebih bermakna!



Sebab selama ini Amie tidak pernah bermimpi dan terlintas di fikiran untuk mendapat dan menerima tempahan!



Terutamanya tempahan Kek Lapis Cheese Masam Manis! Dan bukan kek lapis sahaja, malah Mango Casablanca turut mendapat tempahan!



Terakhir tempahan Mango Casablanca  Amie siapkan petang tadi, dan telah diambil oleh tuannya, Cik Nurul Zurina Barik.



Tempahan nasi beriyani.....



... dan juga agar-agar!



Juga Ayam Panggang Rosemary.....



......dengan Sos Lada Hitam yang memang sedapnya hingga menjilat jari...(perasan sendiri he heheheh).



Sebagai kenang-kenangan.... akhirnya dapatlah sebuah pengadun jenama Kenwood 4.6L. Hadiah untuk diri sendiri ini tidaklah sebesar, sehebat dan semahal mana.... tapi ia tetap membawa makna yang sangat berharga!

P/S:

Seolah-olahnya ada hubungan gelombang minda antara ibu dan anak (Amie & Farid). Oh! Sesungguhnya telepati ini sungguh menakjubkan! Baru sebentar tadi Amie cerita tentang Farid yang suka membeli novel untuk hadiah dirinya terutama selepas tamat peperiksaan (dalam mukadimah di atas), tiba-tiba terbaca dalam FB, Farid sudah beli 2 buah novel.... hadiah untuk dirinya setelah selesai peperiksaannya di sana?



Akhirnya, saya sudah tidak tahan untuk membeli dua novel yang pernah saya promosikan di FB. Kasihan duit elaun saya. Hahaha.

10 ulasan:

  1. Tahniah kak amie..telah mendapat hadiah untuk diri sendiri...
    Kmix ni sangat membantu keje2 membaking.Pasni mesti bertambah mudah...semoga kak amie terus sukses

    BalasPadam
  2. hebat akak...hebat di dapur..msti akak seorang yg kreatif...sabar..yerla step kek lapis ni..org yg tiada kesabaran luar biasa mmg tak jd..

    Slama lbaran syawal....

    BalasPadam
  3. tabik spring kat amie yg amat2 rajin pun ada baby. skrg dh dpt buat bisnes di rumah.moga amie akan terus maju dlm bisnes ni. :) klu dekat saya pun mesti tempah dr amie.

    BalasPadam
  4. tahniah kak..
    hadiah utk diri sndiri kadang lebih bermakna..saya pun sllu beli hadiah utk diri sndiri...
    Bnyak betul tempahan tu ya kak...semoga bisnes terus maju...

    BalasPadam
  5. Dari belum kahwin lg akk selalu beli hadiah utk diri sendiri. Biasanya alat2 solek:-)
    Terus terang, akk tak sanggup buat kuih lapis walau pernah mncuba.

    BalasPadam
  6. Kena bg hadiah kat diri sendiri akak tuk bg kiter tgk hasil penat lelah kiter selama nie setiap kali pandang kan :D...

    BalasPadam
  7. Waaa...bestnya reward utk diri sndiri ye kak....sy pun teringin juga nak bli cmni...hehe...

    BalasPadam
  8. Tahniah Amie,itulah hasilnya kalau rajin,Allah akan beri kita lebih rezeki jika kita rajin mencari!

    BalasPadam
  9. bestnya tengok macam-macam kek lapis yang kak amie buat..mesti best kan pakai mixer baru..hihi

    BalasPadam