Pages

Jumaat, 7 Jun 2013

Nasi Goreng Daun Limau Purut

Selamat pagi semua.... sarapan apa teman-teman? Amie buat Nasi Goreng Daun Limau Purut. Banyak lebihan 'nasi berkat' yang Encik Suami bawa pulang dari kenduri di kampung. Pagi ini hanya Amie dan Fuad, bujang tengah kami serta Firdaus di rumah. Fairuz pula menghadiri kelas tambahan di sekolahnya. jadi,  buat sajalah menu sarapan yang ringkas-ringkas!


Resepi : Nasi Goreng Daun Limau Purut
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
3 cawan nasi putih
4 helai daun limau purut
1 genggam udang kering - rendam hingga kembang  kemudian tumbuk kasar
1/2 labu bawang besar - cincang
3 ulas bawang putih - cincang
5 biji cili padi - hiris halus
1 cawan hirisan sayur kobis
1 sudu makan kicap cair
1 sudu makan perencah MAGGI Cukup Rasa
minyak

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak  dan tumis bawang putih, bawang besar serta udang kering hingga harum.
2. Masukkan cili padi dan sayur kobis. Kacausebati.
3. Masukkan nasi putih, daun limau purut, kicap cair dan perencah MAGGI Cukup Rasa.
4. Gaul sebati beberapa ketika.
5. Tutup api dapur dan sedia untuk dihidangkan.



Bubuhlah apa pun yang digemari untuk menceriakan lagi rupa paras Nasi Goreng Daun Limau Purut! Jom sarapan... 

10 ulasan:

  1. nasi goreng yang banyak aksesorinya..memang sedap la tu Amie

    BalasPadam
  2. Salam kak amie.. sedapnyer.. tun suka bau limau purut.. tp sini terpaksa catu penggunaan limau purut tu. susah nk dpt, kalau jumpa kt pasar, jenis daun yg kurang bau dan ada rasa pahit2 sikit.. bila blk semenanjung, tun bungkus daun limau purut bw balik bintulu. hihi

    BalasPadam
  3. Whitecappuccino,
    campak2 aje ye WC.

    BalasPadam
  4. Acik,
    bubuh aksesori ikut mana yang ada he he ehh.

    Tun Telani,
    memang harum je nasi gorteng ni Tun... kak Amie tanam sendiri pokok limau purut kat sebelah pintu dapur, nak masak petik je daunnya sebab dulu pun sama je masalah macam Tun, susah nak dapat daun limau purut yang elok di pasar.

    BalasPadam
  5. che abang tak suka bau daun limau purut ni.. susah le nak cuba resepi ni...

    BalasPadam
  6. Bestnya kak amie, mesti wangi je kan feeling mcm mkn tomyam gitu

    BalasPadam
  7. Assalam amie, sedap bau aroma daun limau purut tu, lagi best mkn besama aksesori tu, lagi menarik nampak nasi goreng

    BalasPadam
  8. Assalam kak amie..mesti time dok goreng, semerbak bau daun limau purut ni..menggida jiwa raga.Kalau anak2 mesti dan..dan terasa lapar.

    BalasPadam
  9. salam kak..

    beseleranya tengok hidangan sampingan nasi goreng tu.paling menggoda telur mata lembu tu..ayo, sedapnya..

    BalasPadam