Tengahari Jumaat ini nampaknya cuaca sekejap panas sekejap mendung. Sementara menunggu Encik Suami pulang bersama anak-anak selepas solat Jumaat untuk makan tengahari bersama, Amie sempat siapkan Fuji Apple & Orange Smoothies. Bila dah kena segelas, memang perut rasa kenyang!
Resepi : Fuji Apple & Orange Smoothies
Olahan : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
1 biji epal Fuji - bersihkan dan potong kecil
1 biji limau sunkist - kupas kulit dan potong dadu
100ml yogurt asli
100ml susu segar
1 sudu makan gula pasir
Cara:
1. Sejukbekukan epal dan limau lebih kurang 2 jam.
2. Campurkan epal dan limau bersama yogurt asli, gula pasir dan susu segar di dalam pengisar.
3. Kisar hingga halus dan lembut.
4. Tuang ke dalam gelas.
5. Sedia untuk dinikmati.
rasa sejuk tekak ni..
BalasPadamsedap kalu dapat segelas.slurppp:)
BalasPadam